ARKIB : 06/07/2012
136 regu berentap rebut slot utara
ALOR SETAR - Debaran pencarian wakil zon utara Kejohanan Sepaktakraw KFC-Utusan 2012 bermula semalam apabila sebanyak 136 regu berentap memburu kejuaraan di Stadium Sultan Abdul Halim, dekat sini.
Sejumlah 60 regu bersaing dalam kategori lelaki Terbuka/IPT, Bawah 20 tahun (19 regu), Bawah 16 tahun (37 regu) dan 20 regu bagi kategori Bawah 12 tahun.
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang berdepan tugas getir untuk mempertahankan kejuaraan bagi kategori utama iaitu Terbuka/IPT, menyandarkan harapan kepada lima regu untuk memastikan kemaraan.
Kehadiran Gabungan Sepaktakraw Teluk Paku (Gastep) selepas kecewa kerana gagal meraih empat tempat teratas pada saingan zon selatan menambah kehangatan kejohanan dengan mempertaruhkan enam regu.
Saingan bertambah sengit apabila beberapa pasukan turut menghantar empat regu antaranya Pemuda UMNO KBB, Kesukas Senior, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Infratel.
Saingan bagi kategori utama itu bermula hari ini manakala kategori Bawah 20 tahun, Bawah 16 tahun dan Bawah 12 tahun memulakan saingan semalam bagi mencari empat pasukan terbaik ke peringkat antara zon yang dijadualkan pada Oktober ini.
Pengurus GPMS, Mohd. Muzaidee Mohd. Ali berkata, pasukannya mensasarkan salah satu daripada lima regu yang bertanding bagi kategori utama mara ke separuh akhir.
Katanya, mereka akan sedaya upaya mempertahankan kejuaraan yang dirangkul pada edisi tahun lalu meskipun menyedari menghadapi tugas berat, lebih-lebih lagi dengan ketiadaan tekong regu harapan mereka, Fauzi Ghazali yang digantung selama enam bulan.
"Kami mensasarkan peringkat separuh akhir bagi memastikan layak ke peringkat Antara Zon nanti. Jika gagal di sini, kami akan mencuba di peringkat Zon Timur atau Zon Tengah," katanya.
Dalam pada itu, regu Vokasional Alor Setar, Kesukas, K.V.A.S C dan Tok Bedu Senior mengesahkan tempat di separuh akhir bagi kategori Bawah 20, esok.
Berani buat berani tanggung
Shahidan perlu buat keputusan
Woodball acara baharu Sukma
Sarawak ke saingan Liga Super
Nicol mara, Wee Wern kecundang
Piala Sudirman: Malaysia tersingkir
Pulis tinggalkan Stoke
Indonesia jumpa China lagi
Lawan Jerman tanpa Koo-Tan?
Rekod bukan lagi jaminan
Indonesia mudah jinakkan India
Anuar janjikan emas jika tersenarai
Wee Wern sasar suku akhir Terbuka Britain
Kriket: Kota Kinabalu bersedia tonjol keperkasaan
Kita bakal miliki velodrom tertutup
Taiwan malukan Malaysia
Keyakinan menjunam, Boon Heong rela digugur
Malang timpa Zulfahmi di Le Mans
Tanpa Lin Dan, tiada masalah!
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










