VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 September 2014 / 5 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 06/07/2012

Peserta mahu Nobat dijadikan acara tahunan

MELAKA 5 Julai - Rata-rata peserta program kayuhan Nostalgia Basikal Tua (Nobat) 2012 mahu program yang baru pertama kali diadakan itu dijadikan acara tahunan dan dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan negeri.

Sambil memuji program tersebut, mereka berkata melalui cara itu, Nobat akan dapat menarik lebih ramai peserta luar negara pada anjuran akan datang sekali gus merancakkan lagi industri pelancongan negeri.

Salah seorang peserta, Fadil Othman, 39, berkata, selain dapat merapatkan hubungan dalam kalangan peserta pelbagai kaum, program itu juga pada masa sama menggalakkan amalan gaya hidup sihat.

"Inilah program yang dinanti-nantikan kerana dapat berkongsi pengalaman dalam kalangan peserta lain tentang hobi memiliki basikal tua.

"Sekurang-kurangnya, dapat juga kami menggayakan basikal dan pakaian klasik ini dan bila berada di dalam kelompok yang ramai timbul satu kepuasan yang sukar digambarkan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Fadil yang bekerja sebagai tukang masak berkata, dia juga tidak kisah berhabis sehingga RM3,500 bagi membeli pakaian bomba zaman dahulu untuk dikenakan dengan basikal bomba dimilikinya.

"Saya harap pihak penganjur dapat menjadikan Nobat sebagai acara tahunan dan dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri," ujarnya.

Mewakili 27 peserta daripada Komunitas Sepeda Tua Indonesia (Kosti), Zainal Abidin Mohd. Arshad, 62, berkata, faktor umur bukan penghalang kepadanya untuk merentas lautan bagi menyertai kayuhan tersebut.

Jelas Zainal Abidin, kehadirannya ke negara ini adalah kali kedua, selepas menyertai acara Kayuhan 2 Negara (K2N) bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pada Jun 2010.

"Kayuhan Nobat 2012 ini telah memberi banyak manfaat kepada kedua-dua belah pihak terutama sekali dalam mengenali budaya masing-masing walaupun hanya diadakan sehari berbanding K2N selama tiga hari.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri kerana tanpa sikap terbukanya dengan Indonesia, program sebegini tentunya tidak akan berjaya diadakan selain usaha gigih Kelab Basikal Tua Batu Berendam selaku penganjur," katanya.

Pandangan sama turut dikongsi peserta muda dari negara jiran tersebut, Prakoso Putra, 15, yang kali pertama datang ke negara ini untuk menyertai acara seumpama itu.

"Acara ini amat bermakna kerana memberi peluang kepada kami dalam mengembangkan pengetahuan mengenai basikal tua dan klasik yang terdapat di negara ini," katanya.

Walaupun aktiviti berbasikal lazimnya hanya disertai golongan lelaki, seorang jururawat, Shafiza Shabuddin, 28, membuktikan wanita juga tidak mahu terkecuali menyertai kayuhan Nostalgia Basikal Tua.

"Seronok apabila dapat kayuh basikal dalam kelompok yang ramai sambil melihat dan berkongsi pengalaman," katanya yang mengenakan pakaian kebaya sambil ditemani suami dan anak lelakinya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:08
Isyak 8:17


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.