ARKIB : 06/07/2012
Perintah Kehadiran Wajib dilaksana
Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan negeri yakin program tersebut mampu menjadi pemangkin kepada usaha pihak berkuasa mencegah jenayah sekali gus mengurangkan kemasukan banduan ke penjara.
"Saya difahamkan bahawa Jabatan Penjara yang dulu sebuah organisasi penahanan kini memainkan peranan sebagai institusi pemulihan menerusi pelan transformasinya.
"Demi keselamatan dan kesejahteraan hidup rakyat, kerajaan negeri akan terus menyokong dan membantu pihak jabatan melaksanakan program pemulihan supaya apabila dibebaskan, golongan banduan ini mampu berbakti kepada keluarga, negara dan bangsa," katanya.
Beliau berucap pada majlis perasmian Kompleks Penjara Puncak Borneo Kuching yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Sallahuddin Abang Barieng dekat sini hari ini.
Hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop dan Ketua Pengarah Penjara, Datuk Zulkifli Omar.
Dalam pada itu, Jabu berkata, selain kerajaan negeri, beliau berharap masyarakat dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut memainkan peranan menyokong segala program pemulihan yang dilaksanakan Jabatan Penjara.
"Program pemulihan yang dilaksanakan ini bukanlah bermaksud memberi layanan istimewa kepada pesalah. Sebaliknya, usaha murni ini adalah untuk mengajar golongan tersebut erti keinsafan supaya mereka tidak kembali menyusahkan masyarakat," katanya.
Kontraktor Sarawak dalami ilmu
Kerajaan bina 10 Mahkamah Anak Negeri dalam RMK-10
Kerajaan tubuh pasukan khas
Dua projek mega tingkat peluang pekerjaan
Selami budaya etnik Sarawak di Festival Kebudayaan Dayak Borneo
Skim bantuan JKM Sarawak diselaraskan
Membudayakan nilai inovasi pelajar
JKR bina jejantas RM1.5 juta di depan Unimas
Sinar harapan kepada generasi muda
KKIP tarik pelaburan RM2b
Prestasi SDC fasa kedua memuaskan
ADUN diminta aktif, efektif demi kepentingan rakyat
Infrastruktur pendidikan ubah minda masyarakat
Tawar 1,500 peluang kerja
Kerajaan puji usaha kongsi maklumat kelahiran
SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud kebanggaan Sarawak
Dua jabatan kaji tahap keselamatan di kawasan kejiranan
400 rakyat Sarawak sertai ATM
Pelancong dari China meningkat
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










