ARKIB : 06/07/2012
Lelaki didakwa bakar teman wanita
KUALA LUMPUR 5 Julai -Seorang peniaga nasi ayam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh teman wanitanya dengan membakar mangsa setelah dipercayai berlaku pertengkaran di antara mereka berdua pada bulan lalu.
Cheh Chun Nam, 33, dari Taman Seri Orkid, Skudai, Johor dituduh membunuh Chan Yee Mun, 23, di rumah beralamat C-2-129, Persiaran Lemak, Jalan Lanak, Taman Segar, Cheras di sini di antara pukul 2 pagi dan 3.30 pagi, 22 Jun lalu.
Timbalan Pendakwa Raya, S. Malini Anne mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Peniaga nasi ayam itu hanya mengangguk kepala tanda faham ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Siti Shakirah Mohtarudin.
Lelaki yang memakai pembalut tangan di tangan kanannya dipercayai melecur ketika melakukan perbuatan itu bagaimanapun kelihatan tenang sepanjang prosiding.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Dalam kejadian itu, mangsa yang mengendalikan perniagaan dalam talian, dikatakan disimbah petrol sebelum dibakar oleh teman lelakinya selepas mereka bertengkar dipercayai berpunca daripada masalah cinta.
Kejadian itu menyebabkan wanita terbabit melecur 90 peratus bahagian badan dan meninggal dunia empat hari selepas dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini.
Kes tersebut pada asalnya disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh sebelum diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mahkamah benarkan 55 IPTS cabar keputusan pendaftar
Keputusan kes bunuh jutawan kosmetik diketahui esok
Dipenjara 12 bulan ugut bapa
2 beradik, rakan bebas tuduhan bunuh
Aset syarikat pelaburan emas, Genneva kekal beku
Ketua guru disiplin bebas tuduhan cabul 11 pelajar
Kes bunuh eksekutif TV9 disebut 26 Jun
Dua sahabat edar dadah digantung sampai mati
Pas kena penghakiman ingkar, gagal hantar peguam wakili kes
Guru disiplin bebas daripada tuduhan cabul 11 murid
Yazid Sufaat dibebaskan daripada tuduhan keganasan
Dua sahabat edar dadah digantung sampai mati
Ketua juruwang pasar raya didakwa pecah amanah
Tiga pengedar dadah ke tali gantung
Buruh dituduh cederakan penyokong parti politik
Ketua juruwang didakwa pecah amanah lebih RM0.5 juta
ADUN Sri Muda gagal ketepikan tuduhan menghasut
Pembekuan aset Genneva diketahui Selasa
ADUN Sri Muda gagal ketepikan tuduhan menghasut
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









