ARKIB : 06/07/2012
Kad prabayar MU Maybank
KUALA LUMPUR 5 Julai - Malayan Banking Bhd. (Maybank) buat pertama kali memperkenalkan kad prabayar, yang dinamakan Kad Prabayar Manchester United dalam usaha meningkatkan bilangan pengguna perkhidmatan kad yang ditawarkan bank itu.
Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Kad, Kekayaan dan Pembayaran Maybank, B. Ravintharan berkata, berbanding kad debit, kad prabayar itu tidak memerlukan penggunanya memiliki akaun bank dan hanya perlu menambah nilai jika ingin menggunakannya.
Pek permulaan kad itu bernilai RM20 dan boleh ditambah nilai serendah RM10 sehingga RM10,000 menerusi cawangan Maybank, mesin deposit tunai, maybank2u.com atau Giro Antara Bank (IBG).
"Kad ini juga seperti kad kredit atau debit yang boleh digunakan di seluruh dunia yang membenarkan transaksi perkhidmatan Visa.
"Dalam tempoh setahun akan datang, kami menjangka 20,000 kad ini terjual.
"Ia merupakan kali ketiga kami bekerjasama dengan Manchester United selepas kad kredit dan kad debit sebelum ini," kata beliau semasa pelancaran kad tersebut sempena penganjuran Maybank TreatsFair di sini hari ini.
Maybank TreatsFair bermula hari ini sehingga Ahad menghimpunkan lebih 115 peruncit bertempat di pusat pameran MidValley di sini.
Dalam pada itu Ravintharan berkata, banknya itu menyasarkan transaksi jualannya di dalam pameran selama empat hari itu mencecah sehingga RM20 juta dengan 1.36 bilion mata penebusan akan dilakukan.
Tambahnya, buat masa ini pengguna kad kredit bank itu berjumlah kira-kira 1.5 juta, kad debit sebanyak 4.5 juta sementara kad bank konvensional berjumlah hampir empat juta.
Insurans untuk pembeli tiket
SME Bank jalin kerjasama dengan DAMU Fund
KPJ sasar RM1.3 bilion 2013
Kewangan Malindo Air kukuh
CEO baharu Maybank belum dimuktamadkan
TIME sasar ke rantau ASEAN
NCB akan perkukuh kedudukan kewangan
95% fasa satu Battersea telah terjual
THP sasar 1 juta tan
VADS pelawa ISV laksana 'komputer awan'
AIM sudah cukup matang
CCM tingkat pengeluaran baja
Sasar tambahan deposit akaun simpanan RM1b
Gajet penjimatan minyak kenderaan berat, MP-R HD dilancarkan
Microsoft perkenal projek bilik darjah Pop-up
PGB peruntuk RM8.1b
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









