ARKIB : 06/07/2012
KWAP sasar tingkat dana RM10 bilion menjelang 2013
KUALA LUMPUR 5 Julai - Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) menyasar untuk meningkatkan saiz dananya kepada RM10 bilion menjelang 2013.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azian Mohd Noh berkata, meskipun berlaku kemeruapan dalam pasaran tetapi KWAP yakin mampu menambah saiz lebih RM5 bilion setahun.
Beliau berkata, untuk tahun ini, KWAP mengunjurkan saiz dananya bertambah kepada RM88 bilion.
"Kita akan melabur dalam pendapatan tetap, selain ekuiti serta melihat peluang dalam pelaburan patuh Syariah.
"Dengan ini, KWAP mempunyai pilihan untuk membuat pelaburan dalam dana konvensional atau Syariah," katanya ketika ditemui selepas pengumuman prestasi kewangan KWAP di sini hari ini.
Ditanya rasional KWAP melanggan sukuk sebanyak RM1 bilion terbitan Malaysian Airline System Bhd. (MAS), Azian berkata, KWAP melanggan Program Sukuk Juniro Kekal MAS selepas melaksanakan proses kajian yang cukup ketat.
"Meskipun Program Sukuk Juniro Kekal itu pertama kali seumpamanya diterbitkan bagi industri penerbangan di dunia tetapi kami yakin dengan keputusan yang dibuat.
"KWAP telah melaksanakan kajian risiko dengan Jawatankuasa Pelaburan dan keputusan tersebut juga mengambil kira kedudukan MAS sebagai sebuah syarikat strategik negara dan syarikat penerbangan Malaysia.
"Selain itu, MAS mempunyai pemegang saham yang kukuh dengan kerajaan sebagai pemegang saham utamanya melalui Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah)," katanya.
Tindakan KWAP melanggan sukuk itu menimbulkan banyak persoalan sebelum ini memandangkan kedudukan MAS yang begitu kritikal, dikhuatiri tidak mampu memberi pulangan kepada KWAP yang 90 peratus daripada penyumbangnya adalah kaum Melayu.
Daripada sejumlah RM2.5 bilion yang diterbitkan, KWAP melanggan sebanyak RM1 bilion.
Insurans untuk pembeli tiket
SME Bank jalin kerjasama dengan DAMU Fund
KPJ sasar RM1.3 bilion 2013
Kewangan Malindo Air kukuh
CEO baharu Maybank belum dimuktamadkan
TIME sasar ke rantau ASEAN
NCB akan perkukuh kedudukan kewangan
95% fasa satu Battersea telah terjual
THP sasar 1 juta tan
VADS pelawa ISV laksana 'komputer awan'
AIM sudah cukup matang
CCM tingkat pengeluaran baja
Sasar tambahan deposit akaun simpanan RM1b
Gajet penjimatan minyak kenderaan berat, MP-R HD dilancarkan
Microsoft perkenal projek bilik darjah Pop-up
PGB peruntuk RM8.1b
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









