ARKIB : 06/07/2012
1,000 peserta meriahkan Penawar-Pengerang Run
JOHOR BAHRU 5 Julai - Program Penawar-Pengerang Run 2012 yang dianjurkan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) di Dataran Bandar Penawar telah berlangsung dengan lancar dan meriah pada 1 Julai lalu.
Pembantu Pengurus Bahagian Pelancongan Kejora, Noriah Hussain berkata, jumlah peserta meningkat kepada lebih 1,000 orang berbanding hanya 715 peserta tahun lalu.
Tempat pertama kategori terbuka lelaki dimenangi Phong Tong Lim, diikuti Shahrizan Ahmad (kedua) dan Jit Bahadur Damala (ketiga) manakala terbuka wanita pula dimenangi Lim Ai Lin, Zunita Ramli (kedua) dan Hafizah Mohd Arshad (ketiga).
Kategori remaja lelaki menyaksikan B. Ashwain menang tempat pertama, S. Danish (kedua) dan V. Salvan (ketiga) manakala kategori remaja perempuan dimenangi Nadia Asyikin Ali (pertama), Nor Walieyna Nor Aziz (kedua) dan Anahtasia Mandan (ketiga).
Menurut Noriah, kategori kanak-kanak lelaki pula dimenangi S. Geevan (pertama), Mohamad Shahril Amri (kedua) dan Mohd Shah Adam Abdul Khalid (ketiga) dan kanak-kanak perempuan dimenangi Ainul Shafiqah Azmi (pertama), Nor Kamieylla Nor Azia (kedua) dan M. Thashvinya (ketiga).
R. Boopathy pula muncul juara tempat pertama kategori veteran lelaki, Mohd. Somsta Indi (kedua) dan G. Raja (ketiga). Juara veteran wanita ialah Lim Soo Gek, Wong Yoon Wah (kedua) dan Siti Nor Hajar (ketiga).
Semua pemenang menerima hadiah wang tunai beserta sijil penyertaan dan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Surat, Datuk Harun Abdullah. Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Kejora, Shamsuddin Hassan.
Kepak 2013 berjaya buka peluang pekerjaan, beri khidmat nasihat kepada pengunjung
Teknologi fertigasi tingkat produktiviti, kualiti tanaman
Peranan guru ditagih
PAIM tawar peluang kerja di Kepak 2013
3 pemimpin Pontian cipta sejarah
Abd. Latiff tekad sediakan lebih banyak rumah
JCorp terus jadi rakan strategik Kepak 2013
Tingkatkan tahap perkhidmatan
Karnival Kerjaya di Plaza Angsana tawar 3,000 peluang kerja
Ziarah sempena sambutan Hari Guru
150 calon UPSR 13 sekolah sertai ceramah motivasi PTP
Mesyuarat Exco pertama Khaled
Nelayan Selat Tebrau bantah perhimpunan haram
Bisnes kek secara online
Muka baharu ikrar khidmat terbaik
Usahawan wanita disaran pasar produk dalam talian
Medium lahirkan belia patriotik
Presiden Kumpulan Sapura terima Ijazah Kehormat UTM
31 penuntut Politeknik Ibrahim Sultan berkhidmat di pusat jagaan warga emas
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









