ARKIB : 06/07/2012
Suami isteri ditahan seludup mercun
KUBANG PASU 5 Julai - Seorang lelaki bersama isterinya yang sarat hamil ditahan oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kilometer 1.3, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala Changlun malam tadi ketika cuba menyeludup mercun dari negara jiran.
Dalam kejadian pukul 8.40 malam itu, suspek lelaki berusia 27 tahun yang memandu kereta Proton Wira bersama isterinya berusia 30 tahun sanggup merempuh sekatan pihak berkuasa berhampiran pintu sempadan negara di sini bagi mengelak daripada ditahan.
Pegawai Pemerintah Batalion 18 PGA, Supritendan Maszely Minhad berkata, pasangan tersebut ditahan setelah kereta dinaiki mereka merempuh sebuah Proton Persona di pos sekatan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP).
"Sebelum itu, pemandu kereta tersebut yang baru masuk dari arah Thailand enggan memberhentikan kenderaan ketika sepasukan anggota diketuai Inspektor Rahim Din membuat pemeriksaan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bukit Kayu Hitam.
"Polis kemudian mengejar kenderaan dinaiki mereka sejauh kira-kira satu kilometer sehinggalah terbabas selepas merempuh sebuah kenderaan lain di pos sekatan UPP," katanya kepada pemberita di sini.
Menurutnya, setelah diperiksa pihaknya menemui dua bungkus beg plastik hitam yang diletakkan di tempat duduk belakang dan but kereta.
"Beg plastik ini berisi 40 bungkusan lutsinar mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api yang dianggarkan bernilai hampir RM10,000.
"Antara yang dirampas adalah 'Thunder claps', '4 colour full flower' dan mercun bola," katanya.
Tambah Maszely, lelaki terbabit mempunyai rekod jenayah lampau dan pernah dipenjara selama tiga bulan kerana kesalahan menyeludup.
Mercun yang diseludup ini untuk dijual sempena Hari Raya Aidilfitri dan suspek cuba mengelak membawa masuk pada bulan Ramadan dikhuatiri pemeriksaan lebih ketat pihak berkuasa.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, katanya.
Remaja 15 tahun ditahan
Tiga penjenayah ditahan selepas samun dua kedai
Halimah diminta serah diri
Geng curi kereta, pecah rumah tumpas
Laman sesawang www.jiwang.org dihalang daripada diakses
Polis buru empat lelaki
2 stesen minyak disamun kurang sejam
2 maut, 4 parah dalam kemalangan
10 lanun rompak kapal minyak
MPK serbu pusat hiburan haram
Pemilik web jiwang.org ditahan
Jenazah 3 beradik lemas dikebumi satu liang lahad
Usahawan Bangladesh diculik rakan senegara
Sindiket parcel tumpas, 4 rakyat Afrika ditahan
Merusuh: Polis cari 4 lelaki
Sindiket palsu cek libatkan RM1 juta tumpas, 2 ditahan
Hotel disamun 6 lelaki bersenjata parang
3 penjenayah ditangkap sembunyi atas siling
Peneroka belasah 3 pencuri besi termasuk wanita
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










