VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 September 2014 / 29 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
BICARA AGAMA

ARKIB : 06/07/2012

Tuah Orang Asli

KB1M menggunakan bas dilengkapi anggota kesihatan mahir dan kemudahan yang mencukupi.

KLINIK Bergerak 1Malaysia (KB1M) yang datang secara berkala dua kali sebulan di Balai Rawatan Jabatan Hal Ehwal Kampung Kudung, Bekok, Segamat, bagai satu tempat keramaian untuk penduduk dari lima perkampungan Orang Asli berdekatan bertemu dan mengeratkan hubungan silaturahim antara mereka.

Bagi mereka, KB1M bukan sahaja menawarkan perkhidmatan kesihatan tetapi juga platform untuk mengukuhkan perpaduan dan bertanya khabar setelah sekian hari sibuk mencari rezeki dan menguruskan keluarga.

Terdapat lima buah kampung Orang Asli di situ iaitu Tembayan, Kewidak, Kudung, Lenek dan paling jauh Selai yang dikenali juga sebagai kawasan Taman Negara Selai bersempadan dengan Endau-Rompin, Pahang.

Penasihat Adat Kampung Kudung, Nuja Md. Ali, 66, berkata, kebiasaannya penduduk kampung tidak keluar bekerja sehinggalah selesai rawatan pemeriksaan.

Dia yang merupakan wakil rasmi Tok Batin Kampung Kudung, ditugaskan bagi memastikan kelancaran urusan di pihak penduduk kampung dan petugas kesihatan.

Katanya lagi, dengan adanya KB1M penduduk di penempatan Orang Asli itu tidak perlu lagi ke Klinik Kesihatan Bekok yang mengambil masa satu jam perjalanan dengan jarak 10 hingga 30 kilometer bergantung jarak kampung masing-masing.

"Kemudahan ini benar-benar memberi manfaat kerana hampir setengah daripada penduduk di sini tidak mempunyai kenderaan sendiri. Malah sebelum ini untuk ke klinik di pekan Bekok, kami terpaksa menumpang atau menyewa kereta dan sudah tentu memerlukan kos yang tinggi," katanya.

Bapa kepada empat anak itu merasa bertuah kerana dipilih untuk menerima perkhidmatan klinik bergerak tersebut, lebih-lebih dalam kes tertentu yang hanya memerlukan rawatan di klinik kesihatan dan tidak perlu ke hospital.

"Bayangkan mereka yang perlu berulang alik ke klinik kesihatan di pekan Bekok atau Labis kerana penyakit tertentu, sudah pasti terbeban. Namun denganya adanya KB1M, klinik boleh dikatakan di depan mata," katanya.

Ahli Jawatankuasa Kampung Kudung, Nordin Gadith, 53, pula berkata, penduduk tidak lagi ke klinik kesihatan berdekatan jika tidak memerlukan rawatan atau pemeriksaan segera.

Ujarnya, mereka begitu selesa dan menghargai KB1M kerana tidak perlu bersesak, bangun awal pagi atau menunggu lama untuk berjumpa doktor atau mengambil ubat.

Nordin yang mempunyai lima anak berkata, bagi yang tidak berkemampuan dan mempunyai kenderaan, KB1M seperti 'hospital rasmi' buat mereka yang amat besar peranan serta fungsinya.

Klinik bergerak dengan konsep terbaru iaitu Klinik Bergerak 1Malaysia (KB1M) adalah satu lagi produk 1Malaysia bertujuan memberi perkhidmatan kepada rakyat yang tinggal jauh dari fasiliti kesihatan.

KB1M yang menggunakan bas dilengkapi anggota kesihatan mahir dan kemudahan yang mencukupi merupakan kerjasama Kementerian Kesihatan dengan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Terdapat tujuh bas dan satu bot yang beroperasi sebagai KB1M iaitu di Perak, Sarawak, Johor, Pahang, Selangor, Kelantan dan Pahang.

Pengarah Eksekutif Tanggungjawab Sosial Korporat 1MDB, Hizwani Hassan berkata, sejak dilancarkan seramai 32,000 pesakit dari lebih 205 kampung telah mendapat rawatan KB1M.

"Ini menunjukkan salah satu objektif Yayasan KB1M sudah berjaya iaitu untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, kedudukan geografi mahupun fahaman politik.

"Dengan bantuan rakan-rakan dan kerjasama Kementerian Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Yayasan KB1M berjaya membawa perkhidmatan perubatan asas yang agak komprehensif kepada masyarakat di kampung-kampung dan kawasan pedalaman," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.