ARKIB : 05/07/2012
RISDA atasi monopoli orang tengah
SEREMBAN 4 Julai - RISDA akan melakukan beberapa kajian bagi mengatasi masalah dan memecah monopoli orang tengah dalam urus niaga getah dengan pekebun kecil getah di negeri ini.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, peranan orang tengah ketika ini menyebabkan kebanyakan pekebun kecil terutama yang bergantung pada hasil getah tidak dapat menikmati harga yang sepatutnya.
Katanya, RISDA sebelum ini telah menubuhkan Pusat Timbang dan Stor (PTS) di seluruh negara termasuk di negeri ini supaya pekebun kecil dapat menjual hasil mereka dengan harga yang lebih baik.
''Inisiatif itu berjaya memecah monopoli orang tengah di beberapa negeri dan menerima maklum balas yang sangat baik daripada pekebun kecil.
''Bagaimanapun kita mendapat masalah di negeri ini apabila orang tengah membuat spekulasi harga hingga menyebabkan PTS kurang mendapat sambutan dan ada yang terpaksa ditutup," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan tanam semula dan sumbangan kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) RISDA, Mohamat Muda dan Pengarah RISDA negeri, Zainon Harun.
Kata Abdul Rahim, beliau telah mengarahkan pegawai RISDA turun padang untuk membuat kajian dan berjumpa dengan pekebun kecil bagi memahami masalah mereka.
''Apabila orang tengah membuat spekulasi harga dengan menaikkan harga getah lebih tinggi daripada yang ditawarkan PTS, pekebun kecil lebih cenderung menjual getah kepada mereka.
''Bagaimanapun apabila PTS ditutup, orang tengah akan menurunkan harga dengan mendadak menyebabkan pekebun kecil terpaksa menjual dengan harga yang tidak sepatutnya," ujarnya.
Mohd. Razi guna pengalaman sebagai guru curah bakti kepada rakyat
Abu Bakar janji majukan negara dalam bidang sains, teknologi
Hasan Rahman dapat jolokan ADUN Jagung 1Malaysia
Ayuh 'serbu' Festival Hari Guru di Paroi
Pelbagai info diperoleh dalam pameran, festival
Ubah budaya kerja terus majukan Melaka
ADUN Klawang tumpukan kemudahan asas penduduk
Melaka Maju Fasa Kedua
Negeri Sembilan bakal dikenali 'negeri ilmuwan'
Timbalan Exco nikmati pelbagai kemudahan
Perkukuh sokongan terhadap BN melalui penyatuan NGO, parti politik
Latipah ikrar perkasa wanita di peringkat negeri
53 pekerja Samsung tanam pokok sempena Kempen Hijau
Bomba selamat aset RM111.1j
Sokong UMNO pertahan hak bangsa Melayu
Kesedaran keselamatan pejalan kaki perlu ditingkatkan
KAYM tawar Dermasiswa Pendidikan
'RoboRace Challenge' suntik pemikiran kreatif ilmu teknikal
Uji kebijaksanaan, kreativiti
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









