ARKIB : 05/07/2012
Kerajaan BN terus bela Orang Asli Kinsiu
BALING 4 Julai - Barisan Nasional (BN) akan terus memberi perhatian kepada usaha untuk membangunkan kemudahan dan menjaga kebajikan penduduk Orang Asli Kinsiu di Kampung Lubuk Legong, dekat sini.
Penyelaras Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, ia bagi memastikan 277 penduduk Kinsiu terus dibela dan tidak terpinggir dalam arus pembangunan negara seperti masyarakat lain.
"Kita akan pastikan masyarakat Orang Asli akan terus diberi perhatian dan tumpuan kerana walaupun komuniti ini jumlahnya tidak besar, namun kerajaan akan terus sediakan kemudahan seperti masyarakat lain," katanya selepas penutupan Program Sentuhan Hati Merentas Dunia Luar di kampung itu, di sini baru-baru ini.
Beliau berkata, status masyarakat Kinsiu sebagai satu-satunya suku kaum itu yang masih berbaki di dunia ini, menjadikan mereka amat istimewa bagi negara ini.
Katanya, kerajaan BN bertanggungjawab mempertahankan nasib masyarakat itu kerana mereka juga komuniti masyarakat di daerah tersebut.
Beliau turut menafikan yang masyarakat itu tidak terjaga, malah tumpuan dipertingkatkan dari semasa ke semasa seperti menyediakan Taman Bimbingan Kanak-Kanak, klinik, perumahan dan kemudahan asas lain.
Dalam pada itu, seorang penduduk kampung berkenaan, Watiteno, 40, dipilih sebagai Ibu Mithali manakala Pin Itam, 46, dipilih sebagai bapa cemerlang pada program berkenaan.
Abdul Azeez turut menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi memberi mereka peluang menjaga keluarga dan kehidupan agar lebih sempurna.
Perkhidmatan bomba perlu baik untuk tarik pelabur - Raja Perlis
Lapor kepada Cake jika harga barang naik
Enam rekod diperbaharui
Kerja sebagai satu pasukan - MB
43 ditahan dalam Ops 6P di Tasek Gelugor, Bertam
35 anggota IPK Perak naik pangkat sarjan
Jurutera jadi penternak rusa
MBI sedia 1,204 petak bazar Ramadan
Perkukuh perpaduan majukan Kedah
Raja Muda Perlis mahu rakyat 'celik' media
Projek 'misteri' Bukit Gambir
Pasar tani wajah baharu
Tingkat mutu perkhidmatan
Karnival Kahwin-Kahwin, Pesta Makanan Tradisional Negeri Kedah 2013 kembali
Pejalan kaki penyumbang ketiga tertinggi kematian
Sokongan rakan bakar semangat guru OKU
Selesa berniaga di pasar baharu
Pemandu terselamat nahas treler
Ismail Saffian dilantik CEO Yayasan Bina Upaya
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









