ARKIB : 05/07/2012
Blake cabar dominasi Bolt
KINGSTON, Jamaica - Glen Mills, jurulatih yang bertanggungjawab melahirkan dua jaguh pecut Jamaica, Usain Bolt dan Yohan Blake percaya akan muncul ramai lagi juara baru bagi meneruskan legasi kehebatan negara itu dalam acara pecut pada Sukan Olimpik.
Keunggulan Bolt selaku penyandang juara berganda 100 meter dan 200m Olimpik diramal terus mendominasi pada Olimpik London dan lawan yang berupaya menghadirkan saingan sengit pastinya Blake, yang memenangi pingat emas Kejohanan Dunia tahun lalu.
Keghairahan pertarungan membabitkan kedua-dua rakan senegara itu kata Mills, memberikan inspirasi buat generasi baru Jamaica.
"Di Jamaica, trek dan balapan ibarat cara hidup kami.
"Setiap seorang memiliki rasa teruja terhadap warisan kaya ini.
"Dengan permulaan pada peringkat awal, ditambah ikon-ikon yang kami miliki dalam sukan ini, setiap atlet telah disemai motivasi dan semangat yang tinggi. "Atlet-atlet muda menyanjungi ikon-ikon dan ia membakar semangat mereka untuk menyamai pencapaian yang pernah dilakar wira-wira ini.
"Itu menjadi tonik yang mengekalkan persembahan atlet kami pada tahap tertinggi selama ini," kata Mills.
Untuk rekod, Jamaica telah memenangi 53 pingat Olimpik sejak London 1948, hampir kesemuanya kecuali satu, datangnya daripada olahraga dengan sebahagian besarnya dihasilkan melalui acara pecut.
Bolt, Blake dan pelari veteran, Asafa Powell adalah barisan bintang yang berpotensi menyapu bersih kesemua tempat di pentas podium di London nanti. - AFP
Memang patut dipecat
Real mahukan Bale
Moyes buru pemain muda Southampton
Benitez, Di Matteo calon pengurus Stoke
Andy Carroll diketepi England hadapi Ireland, Brazil
Persaraan Ferguson hangatkan penutup EPL
The Special End buat Mourinho
Napoli mahu bawa Benitez kembali ke Serie A
Moyes bersedia lepaskan Rooney
Mourinho tinggalkan Real Madrid
Ferguson dipilih pengurus terbaik
Terima kasih Ferguson!
Wenger tabik pemain, Gunners ke Liga Juara-Juara
Benitez tinggalkan skuad mantap
Barca hampiri rekod 100 mata Real
Milan layak ke playoff Liga Juara-Juara
Ancelotti mahu ke Madrid
Sang-Moon raih gelaran golf Jelajah AS
Milan lengkapkan kuota ke Liga Juara-Juara
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










