ARKIB : 05/07/2012
Murray jumpa Ferrer berentap di suku akhir
LONDON - Andy Murray mara ke suku akhir tenis kejohanan Wimbledon kali kelima berturut-turut di mana dia akan bersemuka dengan pemain Sepanyol, David Ferrer yang pertama kali layak ke peringkat ini dalam 10 percubaan.
Pemain Britain yang menjadi pilihan keempat kejohanan, mengalahkan pemain Croatia pilihan ke-16, Marin Cilic 7-5, 6-2, 6-3.
Murray akan cuba untuk layak ke separuh akhir kejohanan di All England Club, namun terlebih dahulu harus melepasi halangan pilihan ketujuh kejohanan, Ferrer yang mengalahkan bekas juara Terbuka AS, Juan Martin del Potro 6-3, 6-2, 6-3.
Turut layak ke suku akhir semalam ialah Florian Mayer dan Philipp Kohlschreiber.
Buat pertama kali sejak Wimbledon 1997, di mana dua pemain Jerman layak ke suku akhir kejohanan Grand Slam.
Mayer mengalahkan Richard Gasquet dari Perancis 6-3, 6-1, 3-6, 6-2.
Bagi pemain pilihan ke-27, Kohlschreiber, ia merupakan hari yang penuh bermakna apabila buat pertama kali layak ke suku akhir kejohanan Grand Slam dalam 33 kali percubaan setelah menang 6-1, 7-6 (7/4), 6-3 ke atas pemain Amerika Syarikat, Brian Baker.
Sementara itu, Serena Williams mara ke separuh akhir selepas mengalahkan juara bertahan, Petra Kvitova 6-3, 7-5. Victoria Azarenka juga layak ke separuh akhir mengalahkan pemain bukan pilihan dari Austria, Tamira Paszek 6-3, 7-6 (7/4). - Agensi
Federer, Nadal berentap di final Rome Masters
Beckham diberi penghormatan kemudi PSG
Atletico juara, Real lalui musim paling buruk
Hoyer Larsen dipilih sebagai presiden baharu BWF
Tenis: Djokovic tumbang, Sharapova tarik diri
Atletico julang Piala Raja Sepanyol
FA mahu Beckham kekal
Jodoh Lampard masih panjang
Mourinho gagal hadir sidang akhbar
Nadal nyaris tumbang, Serena ke suku akhir Terbuka Rome
Vieira dinamakan dalam barisan jurulatih Manchester City
Tenis Terbuka Rome: Sharapova garang ke suku akhir
Beckham umum persaraan dengan gelaran liga 4 negara
Ivanovic wira Chelsea
Benitez disanjung
Beckham umum bersara
Playoff Chelsea, Arsenal ke Liga Juara-Juara?
Jangan ubah gaya Barca - Messi
Beckham umum persaraan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










