ARKIB : 05/07/2012
Pemohon projek pembangunan boleh merayu
SEREMBAN 4 Julai - Permohonan kebenaran merancang bagi individu dan syarikat membabitkan projek pembangunan di negeri ini yang ditolak boleh dipertimbangkan menerusi rayuan melalui Lembaga Rayuan Negeri Sembilan.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, badan khas tersebut akan berfungsi untuk mengkaji semula permohonan kerja-kerja pembangunan yang ditolak oleh mana-mana agensi mahupun jabatan lain di negeri ini.
''Mereka akan teliti semula permohonan yang dibuat dan atas faktor apa ditolak menerusi rayuan yang dibuat oleh pemohon.
''Pewujudan lembaga ini secara tidak langsung dapat memastikan permohonan yang ditolak akan dipertimbangkan secara telus tanpa terikat atau mempunyai sebarang kepentingan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Lembaga Rayuan Negeri Sembilan sesi 2011-2014 di sini hari ini.
Jelasnya lagi, lembaga tersebut dianggotai oleh individu terdiri daripada pesara yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai latar belakang termasuk undang-undang.
''Mereka ini merupakan badan bebas yang akan meneliti sama ada permohonan yang ditolak boleh dilaksanakan mahupun mendapat kebenaran merancang.
''Keputusan mereka diyakini lebih telus dan adil berbanding sekiranya pemohon menghantar rayuan semula kepada agensi serta jabatan yang sebelum ini telah menolak permohonan mereka kerana peratusan mendapatkan kelulusan dengan merayu semula dengan cara itu lebih tipis," katanya.
Menurut Mohamad, rayuan yang dibuat menerusi pihak lembaga lebih mudah berbanding rayuan pemohon yang dilakukan melalui mahkamah.
''Rayuan yang dibuat menggunakan undang-undang ataupun mahkamah akan mengambil tempoh yang lebih lama, selain membabitkan kos guaman yang tinggi," ujarnya.
Semakin ramai sedar kepentingan hutan
Generasi kedua perlu rumah
Melaka tumpu bangun industri pelancongan golf
Penjawat awam dekati masyarakat setempat
Wujudkan subjek Tata Rakyat
Jangan terpedaya individu mengaku pegawai JKR
Orang Asli: Guru diminta lebih komited
Penghargaan tertinggi pesara guru
Tugas guru adalah jihad ilmu
Naik taraf bekalan elektrik
Mohd. Razi guna pengalaman sebagai guru curah bakti kepada rakyat
Abu Bakar janji majukan negara dalam bidang sains, teknologi
Hasan Rahman dapat jolokan ADUN Jagung 1Malaysia
Ayuh 'serbu' Festival Hari Guru di Paroi
Pelbagai info diperoleh dalam pameran, festival
Ubah budaya kerja terus majukan Melaka
ADUN Klawang tumpukan kemudahan asas penduduk
Melaka Maju Fasa Kedua
Negeri Sembilan bakal dikenali 'negeri ilmuwan'
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









