VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 September 2014 / 6 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SAINS & TEKNOLOGI

ARKIB : 05/07/2012

Bidet Coway

ANTARA keperluan asas hidup manusia selain makanan dan tempat tinggal adalah kemudahan tandas yang bersih dan selesa. Sebabnya, realiti kitaran hidup manusia memerlukan kepada penggunaan tandas untuk membuang najis. Tandas yang kotor bermakna mendedahkan penggunanya kepada pelbagai jenis penyakit bawaan air dan yang berkaitan dengan keadaan sanitasi yang kotor.

Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyebut bahawa lebih dua juta manusia di seluruh dunia mati setiap tahun akibat penyakit yang berpunca daripada air yang kotor dan sanitasi yang tidak terurus.

Umumnya, kebanyakan orang pasti berfikir dengan menggunakan tisu tandas, mereka sudah bersih dan bebas daripada sebarang kekotoran. Namun, itu hanya pada pandangan mata kasar.

Hakikatnya, ia tidak boleh membersihkan bahagian sulit kita dengan sempurna kerana virus, bakteria, jangkitan penyakit atau najis masih boleh kekal melekat di liang roma ketika penggunaan tisu tandas berkenaan yang tidak mesra alam.

Kini, pelbagai penyakit berkaitan dubur dan rektum tidak lagi menjadi perkara yang memalukan kerana topik berkenaan semakin disedari ramai.

Masalah penyakit sebegini sebenarnya boleh dicegah menggunakan cara pembersihan hidraulik seperti yang diperkenalkan pengeluar dan pengedar barangan keperluan rumah terutama penapis air dan pembersih udara dari Korea Selatan, Woongjin Coway (Coway).

Memperkenalkan tandas digital yang bersih menerusi bidet Coway di negara ini, selain bersandarkan kepada kecanggihan teknologinya, ia juga mementingkan keperluan dan gaya hidup masyarakat setempat.

Konsep tandas moden yang dilengkapi sistem dikenali sebagai bidet kini digunakan secara meluas di Korea Selatan yang direka cipta khusus bagi mencari penyelesaian mengekalkan kebersihan seterusnya memberi keselesaan kepada pengguna.

Penggunaan sistem bidet ini hanya memerlukan pengguna duduk di atas tandas dan selepas selesai membuang air besar, mereka dikehendaki menekan butang dan air akan terpancut dari depan dan belakang untuk membasuh bahagian yang kotor.

Ketua Pemasaran Woongjin Coway (Malaysia) Sdn. Bhd., Andy Kim Ja Joong berkata, bidet mula diperkenalkan di Malaysia tahun lalu melalui skim sewa bulanan. Kadar sewa bulanan adalah RM25 hingga RM75 mengikut model manakala harga tunai adalah antara RM850 hingga RM2,500 seunit.

Ia diperkenalkan sebagai lanjutan daripada pelbagai perkhidmatan berasaskan kesihatan dan yang mengutamakan kebersihan oleh Coway.

Kata Andy, model pertama bidet diperkenalkan di Korea Selatan pada tahun 2002 mendapat sambutan menggalakkan masyarakat negara itu apabila berjaya dijual melebihi sejuta unit.

"Selepas itu, kita sentiasa menambah baik model bidet sehinggalah sekarang. Antara model bidet untuk pasaran Malaysia adalah Manual Bidet BA-12, Digital Bidet BA-07 dan Bidet BA-17 (yang digantikan dengan model baru BAS16 mulai Jun lalu).

"BAS16 adalah model paling utama di kalangan semua bidet yang dilengkapi kemudahan pensterilan automatik. Mangkuk tandas akan disteril tanpa menggunakan sebarang bahan kimia," jelasnya.

Menurut Andy, bidet kini mula mendapat tempat di kalangan masyarakat negara ini terutama bagi yang mahukan keselesaan dan tandas yang kering di rumah masing-masing.

Kata beliau, Coway turut terlibat dalam proses memberi pendidikan dan pendedahan kepada masyarakat tentang kebersihan tandas dan keistimewaan penggunaan bidet.

"Dalam menghasilkan teknologi bidet, kami di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan di Seoul menjalankan penyelidikan yang melibatkan 32 jurutera di mana dua daripadanya berkelulusan ijazah doktor falsafah (Ph.D) dan 12 lagi berkelulusan ijazah sarjana.

"Sebanyak 207 penyelidikan berteknologi tinggi sudahpun dipatenkan dan mendapat pengiktirafan di seluruh dunia," jelasnya.

Ditanya tentang kesesuaian penggunaan bidet bagi kanak-kanak, Andy memberitahu, terdapat bidet yang dihasilkan khas untuk golongan itu di mana tekanan airnya tidak sekuat bidet untuk golongan dewasa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:24
Maghrib 7:21
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.