ARKIB : 05/07/2012
MB Selangor mahu saman MCA
SHAH ALAM 4 Julai - Kerajaan negeri memutuskan tidak akan membuat sebarang ulasan berhubung dakwaan penyelewengan hampir RM1 bilion dengan berselindung di sebalik pembelian hutang dan aset Talam Corporation Bhd. (Talam), dua tahun lalu seperti mana yang didedahkan oleh MCA semalam.
Sebaliknya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu, pihaknya akan menyaman MCA termasuk mana-mana pihak lain yang turut membuat dakwaan tersebut dalam tempoh terdekat ini.
Sambil menafikan pendedahan MCA itu sebagai tidak benar, beliau memberikan alasan bahawa dakwaan tersebut adalah serius dan mencemar mana baik kerajaan negeri.
“Oleh itu, dalam mesyuarat Exco hari ini, kerajaan negeri telah memutuskan untuk menyaman MCA dan mereka yang membuat tuduhan mengenai penyelewengan RM1 bilion itu (pembelian hutang dan aset Talam).
“Sehubungan itu, kerajaan negeri tidak akan membuat apa-apa ulasan (mengenai dakwaan penyelewengan RM1 bilion) buat masa ini supaya tidak mengganggu proses perundangan kelak," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
Tambah Abdul Khalid, pihaknya masih belum memfailkan saman tersebut di mahkamah buat masa ini, sebaliknya akan dilakukan dalam tempoh terdekat.
Semalam, Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong mendakwa Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor terbabit dalam penyelewengan bernilai hampir RM1 bilion yang dikatakan dibuat dengan berselindung di sebalik pelan ‘menyelamatkan’ Talam yang dibebani hutang, dua tahun lalu.
Penyelewengan didakwa berlaku dalam dua bentuk iaitu membabitkan pembelian ‘penuh tanda tanya’ ke atas aset Talam berjumlah RM676 juta serta ‘misteri’ ke mana peruntukan RM392 juta yang diluluskan pada 2009 bagi menyelesaikan hutang syarikat itu dibelanjakan.
Malah, dakwa Tee Yong, pihaknya mendapat maklumat bahawa kerajaan negeri belum menjelaskan hutang milik Talam bernilai RM392 juta dengan beberapa buah syarikat, antaranya Universiti Selangor (Unisel), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan SAP Holdings Berhad yang merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) meskipun bajet sudah diluluskan.
Dalam pada itu, Abdul Khalid ketika ditanya sama ada akan mendedahkan butiran terperinci pembelian hutang dan aset Talam seperti mana yang dicabar oleh Tee Yong semalam berkata, pihaknya akan menjelaskan mengenai perkara itu pada pembentangan Bajet Negeri 2013 yang akan diadakan pada November ini.
Dewan Pemuda Pas tolak politik ganas
Anwar tidak komited untuk berdamai - Jusuf Kalla
Segera hentikan permainan Anwar sebelum terlambat
Himpun bantah keputusan PRU-13 hina Agong
Rakyat Malaysia 'bikin' malu di kota London
'Saya tidak akan tunduk'
DAP perlu minta Anwar, Jui Meng 'berhenti'
Karpal patut hormat Perlembagaan
Idris sambut baik Pas tolak konspirasi
DAP hipokrit, dwi standard - bekas ahli
Zahrain cabar Guan Eng baca surat ROS
Karpal beri amaran akhir kepada Tunku Aziz
Ugut Tunku Aziz untuk alih perhatian umum
Terima, hormati keputusan PRU-13
DAP tak payah kacau, tunggu perkenan Sultan Selangor
Yakin Exco baharu Pahang mampu laksana tugas
Jawatan Kabinet: SPDP, PRS serah pada PM
Ahli DAP tunjuk isyarat lucah
Ka Siong tidak pertahan jawatan Ketua Pemuda MCA
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









