ARKIB : 05/07/2012
Pakar perlombongan akan siasat
RAUB 4 Julai - MCA akan menggunakan kepakaran ahlinya dalam bidang perlombongan bagi menjalankan kajian kesihatan penduduk Bukit Koman di sini kerana mendakwa mereka terdedah kepada bahan kimia sainida yang digunakan dalam kegiatan perlombongan emas di situ.
Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, kajian itu dijalankan secara telus dan tidak bermotifkan politik bagi membuat penilaian tanpa campur tangan pihak ketiga.
Jelasnya, semua perbelanjaan kajian tersebut akan ditanggung oleh parti itu dan laporan tersebut dijangka siap dalam tempoh dua minggu.
"Jawatankuasa bertindak Bukit Koman juga boleh melantik pakar mereka sendiri dalam bidang berkaitan untuk digunakan sebagai perbandingan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tertutup dengan para pemimpin MCA Bahagian Raub di sini baru-baru ini.
Hadir sama Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ahli Parlimen Raub, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen.
Menurut Soi Lek, parti itu sedar mengapa penduduk kampung begitu marah kerana merasakan kehidupan harian dan kesihatan mereka terjejas oleh aktiviti perlombongan emas di kawasan berkenaan.
Beliau memberitahu, selain pakar daripada MCA, kerajaan juga akan menghantar kakitangannya memeriksa kesihatan penduduk kampung termasuk beberapa pihak berkuasa lain bagi memantau kualiti udara serta air untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Dalam pada itu, Tiong Lai yang juga Menteri Kesihatan berkata, kementeriannya akan mengkaji laporan kesihatan bebas yang dikemukakan kepada mereka oleh penduduk kampung.
"Kami akan menyiasat laporan yang dikemukakan dengan teliti dan menjalankan pemeriksaan lanjut dan penduduk akan dimaklumkan mengenai keputusan tersebut dan bantuan disediakan jika perlu," katanya.
Kuala Lipis bakal jadi hab pendidikan
RMTN sambut Hari Tapir Sedunia
Calon bakal hilang deposit
Guru sekolah Orang Asli redah hutan lebih 2 jam
Kemajuan Orang Asli seluruh Pahang dibela
Koperasi bantu nelayan sungai
10 Exco Pahang angkat sumpah
72 unit komputer judi dirampas
Turunkan bahan kempen
Jangan jadikan rakyat sebagai mangsa
PENGORBANAN GURU
Pusat Transformasi Bandar mudahkan urusan penduduk Pahang
Menyelami kehidupan etnik pedalaman
Hapus saki baki kemiskinan
Kerajaan serius laksana pembangunan
Wanita perlu proaktif untuk kemakmuran negara
Jangan bimbang bahan sianida
Kerajaan negeri teliti bangun ladang rakyat - MB
Hari Tapir Sedunia di Taman Negara Kuala Tahan dapat sambutan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









