ARKIB : 05/07/2012
Jumlah perdagangan Malaysia RM538.6b
KUALA LUMPUR 4 Julai - Jumlah perdagangan Malaysia bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini berkembang 6.2 peratus kepada RM538.58 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), prestasi positif itu disokong oleh pertumbuhan kukuh di rantau Asia khususnya negara-negara ASEAN, China, Jepun dan India.
Katanya, eksport Januari- Mei 2012 meningkat 3.9 peratus kepada RM290.24 bilion manakala import meningkat 8.9 peratus kepada RM248.35 bilion.
Di antara lima rakan dagang utama, jumlah perdagangan menunjukkan peningkatan pada lima bulan pertama 2012 dengan ASEAN merekodkan pertumbuhan 10.5 peratus atau RM14 bilion, China melonjak 14.1 peratus (RM8.95 bilion) dan Jepun naik 6.2 peratus (RM3.6 bilion) selain India meningkat sebanyak 8.2 peratus.
" Bagaimanapun perdagangan dengan Kesatuan Eropah (EU) menurun sebanyak 0.1 peratus kepada RM52.44 bilion bagi lima bulan pertama 2012, " kata kementerian tersebut dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, eksport ke EU merosot sebanyak 8.9 peratus kepada RM26.49 bilion dalam tempoh tersebut di mana eksport barangan elektrik dan elektronik terutamanya semikonduktor fotosensitif serta produk lain seperti getah asli dan keluaran petroleum ditapis mencatatkan penurunan ketara.
Namun, import dari EU menunjukkan peningkatan sebanyak 12.1 peratus.
Masih berdepan dengan kelembapan pemulihan ekonominya menyebabkan perdagangan antara Malaysia - Amerika Syarikat menurun 5.6 peratus kepada RM44.15 bilion dengan eksport berkembang 4.9 peratus kepada RM24.44 bilion manakala import menguncup 16.1 peratus kepada RM19.71 bilion.
Menurut MITI, kenaikan eksport itu disumbang terutamanya oleh barangan elektrik dan elektronik yang meningkat 4.9 peratus kepada RM13.12 bilion, yang merangkumi 53.7 peratus daripada jumlah eksport ke Amerika Syarikat.
Bagi bulan Mei 2012, perdagangan Malaysia mencatatkan pertumbuhan kukuh 11.1 peratus kepada RM112.95 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Peningkatan itu disokong terutamanya oleh perdagangan dengan Singapura (21.1 peratus), China (19.9 peratus) dan India (34 peratus).
Eksport bulan Mei 2012 berkembang 6.7 peratus kepada RM58.78 bilion berbanding tahun lalu manakala import meningkat 16.2 peratus kepada RM54.17 bilion.
Pendapatan tambahan RM27b
Ekonomi dijangka kukuh separuh kedua
MITI fokus bantu tingkat ekonomi
MYCEB rancang tarik 130,000 delegasi perniagaan antarabangsa ke Malaysia
Kunjungan Obama beri pengiktirafan kepada Malaysia
Kestabilan politik, keyakinan pelabur kembangkan ekonomi
Jualan kenderaan naik kepada 52,489 unit
Penyelesaian kewangan Islamik perlu inovatif
PKS Malaysia tabah dalam perniagaan - kajian Regus
Ekonomi tumbuh 4.1%
FPM perkukuh perniagaan baja
Penglibatan dalam TPP penting - MITI
TM komited jadi pemangkin PKS
Gas Malaysia dapat bekalan tambahan
CIMB hadapi kesukaran kuasai bank Filipina
Sukuk Sime Darby terima status Emas
Turki tawar peluang dalam pasaran modal
Pertumbuhan ekonomi suku pertama 4.1 peratus - Zeti
Rekod Bursa 2 hari berturut-turut
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









