ARKIB : 05/07/2012
Pesara tentera tidak berpencen jangan terpedaya imbuhan RM3,000 - Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR 5 Julai - Pesara tentera tidak berpencen diminta supaya tidak terpengaruh dengan agenda sesetengah pihak menyebarkan borang bantuan sebanyak RM3,000, seperti yang pernah dituntut mereka sebelum ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan sebelum ini pernah mengemukakan isu bantuan tersebut kepada jemaah menteri, namun ia tidak dapat dipertimbangkan sekarang.
"Jika ada individu atau persatuan-persatuan tidak berdaftar mengedarkan borang kononnya kerajaan mahu beri bantuan RM3,000, saya harap jangan percaya perkara ini...tak perlu isi pun.
"Saya tahu harapan mereka (pesara tidak berpencen) terlalu tinggi. (Tetapi) borang itu dipercayai diberikan oleh individu daripada persatuan-persatuan yang menjadi tunggangan parti politik tertentu," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan cek Rayuan Hari Pahlawan 2011 (RHP) berjumlah RM1.4 juta kepada 52 persatuan dan kelab veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seluruh negara dan RM1.56 juta turut diagihkan kepada cawangan Persatuan Bekas Tentera Malaysia serta pertubuhan atau kelab lain. - BERNAMA
Enam anak Felda takluk Everest
Malaysia lobi kerusi Majlis Keselamatan
SPR tubuh pasukan khas semak guna dakwat kekal
PPPR syor tiga langkah perangi rasuah
2 kementerian setuju NBOS diperkasa
Dua kementerian bergerak senada
CUEPACS gesa boikot AirAsia
Perkasa desak Kalimullah mohon maaf
Kalimullah tidak faham sejarah, lupa diri
AirAsia enggan bawa pulang jenazah dari Jogjakarta
MAS sedia perkhidmatan bawa jenazah
7 muka baharu Exco N. Sembilan
Blog kemas kini senarai boikot produk
Richard tumpu isu gaji minimum
Kesihatan Azizan semakin baik
Pengguna kapal terbang naik 2.17j
Fiesta 75 Tahun Utusan menanti di Festival Belia Putrajaya 2013
Raja Nazrin rasmi Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah
Dakwat kekal: SPR tubuh pasukan khas
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









