ARKIB : 04/07/2012
Kelantan perlu peruntukan RM2b
KOTA BHARU 3 Julai - Krisis bekalan air bersih yang dihadapi oleh rakyat negeri ini dilihat bakal berpanjangan apabila kerajaan Pas Kelantan mengakui memerlukan peruntukan besar iaitu lebih RM2 bilion untuk menyelesaikannya.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pinjaman sebanyak RM600 juta yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini tidak mencukupi bagi membina loji dan membolehkan semua paip lama diganti dengan yang baru.
Selain itu kata beliau, pinjaman tersebut juga tidak diberikan sekali gus, sebaliknya secara berperingkat-peringkat mengikut program atau projek yang diangkat oleh kerajaan negeri.
"Kita memerlukan peruntukan yang tinggi dalam menyelesaikan masalah air, ini satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan. Kita memerlukan tidak kurang daripada RM2 bilion kalau hendak tukar seluruh paip-paip yang ada. Ini kerana ada paip dipasang tahun 50-an, 70-an dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Mohd. Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Mohd. Adhan bertanya sama ada jumlah pinjaman dan bantuan dikatakan sebanyak RM1.2 bilion yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan termasuk melalui agensi-agensinya masih tidak mencukupi untuk menyelesaikan masalah air bersih di Kelantan.
Malah kata Mohd. Adhan, ada agensi Kerajaan Persekutuan seperti Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) bertindak membantu syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB), milik kerajaan negeri, dengan menukar sendiri paip-paip air lama secara percuma bagi menyegerakan penyaluran bekalan air bersih kepada rakyat.
Beliau membangkitkan persoalan tersebut berikutan kenyataan kerajaan Pas Kelantan sebelum ini bahawa masalah bekalan air bersih di negeri ini hanya dapat diselesaikan menjelang tahun 2017.
Mengulas lanjut soalan tersebut, Ahmad berkata, beliau tidak dapat mengesahkan jumlah bantuan yang dinyatakan wakil rakyat BN itu.
Beliau bagaimanapun memaklumkan sebahagian projek yang dilakukan terutama di kawasan luar bandar dilakukan di luar kawasan AKSB, tetapi diserahkan kepada syarikat milik kerajaan negeri itu setelah siap dilaksanakan.
Terdahulu menjawab soalan tambahan Hassan Mohamood (Pas-Tawang), Ahmad memberitahu, AKSB hanya mengeluarkan tender secara terbuka manakala pemilihan syarikat dibuat oleh kementerian berkaitan.
"Itu adalah antara persefahaman yang berlaku waktu ditawar pinjaman sebanyak RM600 juta," jelas beliau.
Beliau memberitahu, antara syarikat yang berjaya mendapat tender ialah Gambang Pelangi Sdn. Bhd. (RM1.612 juta), Lumrah Cemerlang Sdn. Bhd. (RM9.9 juta) dan Road Builder Sdn. Bhd. (RM92.3 juta).
Kesihatan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan semakin baik
Penanam tembikai raih hasil tinggi
Fiesta Makanan Popular Kelantan bermula
Timbang semula hasrat roboh Pasar Payang
Risiko hidap penyakit berjangkit
Kerajaan negeri digesa terus aktiviti kebudayaan
Kelantan akan bina 90 unit kedai
Melayu Kelantan kurang risiko hidap gastrik
Majlis angkat sumpah ADUN 16 Jun
Pertukaran 10 pegawai tadbir
12 pelajar UMK bakal ke Jepun
Pesara dihargai dengan anugerah Tokoh Guru
Maik tekad bantu miskin tegar
Perhebatkan daya saing graduan
Program Prince bantu kanak-kanak istimewa
Rombakan pegawai tadbir Terengganu dinantikan
Pusat GiatMara Kelantan latih lebih 5,000 peserta latihan kemahiran
Tiada portfolio baharu - MB
12 usahawan jana pendapatan RM2j setahun
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









