ARKIB : 04/07/2012
Guna kemudahan pengajian di Kolej Komuniti
JEMPOL 3 Julai - Masyarakat setempat diharap dapat menggunakan kemudahan pengajian di Kolej Komuniti untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran.
Pengarah Kolej Komuniti Jempol, Md. Kasim Ja'afar berkata, kolej itu sentiasa memberi peluang kepada masyarakat luar untuk menuntut ilmu malah meletakkan syarat yang minimum iaitu hanya perlu berumur 17 tahun ke atas.
Menurutnya, walaupun mereka tidak mendapat keputusan yang baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) namun mereka masih boleh menyambung pelajaran di kolej ini.
"Terdapat dua pengambilan iaitu pada Januari dan Julai. Kita tawarkan empat modul iaitu sijil servis kenderaan ringan, sijil pemasangan elektrik, sijil lukisan seni bina serta sijil rangkaian komputer," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada hari pendaftaran pelajar baru di Kolej Komuniti Jempol dekat Mahsan di sini hari ini.
Ujarnya, masyarakat luar juga boleh menimba ilmu di kolej itu kerana tiada had umur maksimum bagi pelajar.
"Apa yang penting berumur 17 tahun ke atas. Tempoh pengajian berbeza iaitu antara tiga sehingga enam bulan bergantung pada modul yang di ambil.
"Yuran kolej pula sangat rendah iaitu hanya RM10 bagi tempoh satu bulan. Kementerian Pengajian Tinggi pula akan memberikan wang saku RM250 sebulan kepada pelajar yang layak. Wang ini tidak perlu dibayar semula," jelasnya.
Dalam pada itu, Md. Kasim menjelaskan kolej tersebut akan mengadakan program persediaan bahasa Inggeris untuk pelajar lepasan SPM dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
"Mereka akan diajar cara menguasai bahasa Inggeris dengan baik bagi memudahkan pembelajaran mereka di pusat pengajian tinggi nanti. Tempoh pengajian hanya 30 jam dengan kos bayaran RM30 sahaja," katanya.
Orang ramai yang berminat boleh menghubungi kolej itu di talian 06-4540075 untuk maklumat lanjut.
Apabila buku, perpustakaan jadi teman akrab
5,000 lepasan SPM hadiri temu duga terbuka ke IPT
Anak pembantu pasar raya raih Anugerah Naib Canselor UiTM
Graduan Melayu jangan berasa selesa
UTeM tawan dua gunung Jawa
Selaras bidang pertanian
Pelajar UUM juara golf
Angkat seni Melayu
Nostalgia UM
Pelajar msu lawat China
Jadi pilihan
Larian kebajikan
Hargai wira
MoU dengan lima IPT
Maxis taja biasiswa MSEA
Berat badan turun sambil bekerja
Program baru UMP
Anugerah diraja
Misi 100 jam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









