ARKIB : 04/07/2012
Presiden AIT kunjungi UTHM
BATU PAHAT 3 Julai - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerima kunjungan Presiden Institut Teknologi Athlone (AIT) Ireland, Prof. Ciaran O Cathain di kampus universiti itu, di sini baru-baru ini.
Dalam kunjungan itu, sesi perbincangan dua hala diadakan dengan fokus menjalin hubungan kerjasama antara UTHM dan AIT yang turut disertai oleh Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin.
Antara topik perbincangan, termasuklah cadangan mewujudkan kerjasama dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan program pertukaran pelajar yang dibentangkan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTHM, Prof. Dr. Wahid Razzaly.
Menurut kenyataan UTHM, O Cathain turut dibawa melawat Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional, Pusat Kesihatan Universiti dan Pusat Keserasian Elektromagnet di Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
O Cathain turut dibawa melihat tapak kampus UTHM di Pagoh dan lebih istimewa apabila Mohd. Noh memperkenalkan budaya tempatan seperti tarian kuda kepang kepada beliau.
UTHM dan AIT pernah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) pada 2007 dan jalinan kerjasama berterusan antara kedua-dua institusi bagi meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran.
AIT adalah institusi pengajian tinggi yang menempatkan lebih 6,000 pelajar program ijazah dan sarjana dalam bidang perniagaan, kemanusiaan, kejuruteraan dan sains.
UTM berjaya cipta yogurt guna santan kelapa
60 penuntut UiTM tabur bakti di Kg. Tenang
Harap dapat miliki rumah sendiri
PDK Labis bakal dapat bangunan baharu
2 penyamun dicekup, 35 kes selesai
Persatuan belia lesu akan diaktifkan
Projek tebatan atasi banjir di Air Hitam
Jangan lepaskan peluang di Fiesta Riuh Sakan Utusan/Kosmo
Kerajaan perlu bertegas - PPPMM
Asap, bau masakan tidak halal
Tubuh pusat latihan kemahiran di Tanjung Bin
Kerajaan dibentuk atas konsep muafakat
Kepak 2013 berjaya buka peluang pekerjaan, beri khidmat nasihat kepada pengunjung
Teknologi fertigasi tingkat produktiviti, kualiti tanaman
Peranan guru ditagih
PAIM tawar peluang kerja di Kepak 2013
3 pemimpin Pontian cipta sejarah
Abd. Latiff tekad sediakan lebih banyak rumah
JCorp terus jadi rakan strategik Kepak 2013
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









