ARKIB : 04/07/2012
Inovasi krim BB
Berikan yang terbaik untuk kulit wajah anda dengan inovasi terkini dari L'Oréal Paris UV Perfect BB Max. Formula terkini melindungi pancaran matahari berbahaya malah perlindungan tersebut bertahan hingga 12 jam.
Satu fakta penting yang perlu diketahui oleh setiap wanita ialah 80 peratus masalah kulit kelihatan tua lebih dari usia sebenar ialah kerana terdedah kepada pancaran sinar ultra ungu (UV) berbahaya.
Tinggal di negara tropika seperti di Malaysia, bermakna anda tidak akan boleh mengelak dari terkena pancaran matahari. Justeru apa yang anda boleh buat untuk melindungi kulit anda dari masalah ini?
Tentulah pelindung sinar matahari yang terbaik. Sudah tentu wanita mahukan satu krim yang boleh memberikan anda dua perlindungan; melindungi cahaya matahari dan yang kedua memberikan manfaat untuk kulit anda.
Dengan UV Perfect BB Max, anda bakal mendapat manfaat perlindungan maksimum UV dan juga kebaikan yang datang dari krim BB itu sendiri. Formula uniknya melindung, memelihara dan memberikan kesan positif kepada kulit wajah anda.
Menarik tentang krim ini ialah formulanya telah mendapat lesen paten untuk Mexory, sejenis bahan yang memastikan kulit anda mendapat perlindungan sebaiknya dari kesan UV.
Penapis XL pula bukan sahaja menapis cahaya UV, tapi turut mempertingkatkan aksi perlindungan dengan memastikan kulit tidak berminyak, lembut dan tekstur yang lebih halus.
Melalui kombinasi ini, krim UV Perfect BB Max SPF50/PA secara efektif menapis sinar UVA dan UVB rays, sekali gus memberikan anda kulit yang cantik dan dilindungi dengan sebaiknya.
Formula Hydrating Complex yang terdapat dalam krim UV Perfect BB Max ini juga memberikan anda kulit yang lebih gebu, lembut sebaik sahaja anda menyapu krim tersebut di wajah anda.
Krim UV Perfect BB Max ini juga diperkaya dengan teknologi Colour Equalizer, iaitu satu inovasi pigmen kompleks yang boleh meratakan warna kulit yang tidak sekata. Hasilnya boleh dilihat serta merta selepas sapuan.
Setelah dicuba ke atas berpuluh ribu wanita, kesemuanya berkata bahawa produk ini memang melindungi, kulit wajah lebih cerah, bintik hitam dan jeragat mula pudar, garis halus juga berkurangan.
Selain itu kulit mereka juga semakin bermaya, tona kulit juga lebih semula jadi, tampak lebih muda dan amat selesa.
Kini wanita boleh mendapatkan kulit yang mereka idam menerusi kajian sains. Wajah anda akan dilindungi selama 12 jam dengan hanya satu sapuan. Hasil pemakaian yang konsisten akan memberikan anda kulit yang lebih cerah dan berseri.
Rambut tidak sihat jejas penampilan
Syikin tidak pernah jemu melukis
Pilihan selendang
Kebangkitan gaya Tribal
Sandy Selebriti Facebook
Miliki kulit sihat
Berani,bergaya,elegan
Aurawhite dulu, kini Auraslim
Luahkan kasih sayang
Mandi bunga naik seri
Elemen Melayu moden
Mandian aroma buah-buahan
Gaya anggun milik Muslimah
Pesona Fazrena
Tampil anggun di majlis makan malam
Fesyen ranggi, lawa
Kulit lindungi radiasi
Ain miliki bakat terpendam
Wanita besi Shell
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









