ARKIB : 03/07/2012
200 pelajar ikuti program SMP-Utusan Malaysia
TELOK KEMANG 2 Julai - Seramai 200 pelajar tingkatan tiga dari 10 sekolah menengah di sekitar kawasan ini menyertai Program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi anjuran Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP)-Utusan Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Muhammad Yusof, Linggi, dekat sini semalam.
Program dua hari itu bertujuan mempertingkatkan pencapaian akademik para pelajar sederhana namun berpotensi untuk cemerlang dalam peperiksaan terutamanya pelajar kurang berkemampuan dari kawasan luar bandar.
Pengurus Besar SMP, Noraini Nordin berkata, sekolah tersebut merupakan lokasi pertama program berkenaan diadakan bersama Utusan Malaysia dan ia mendapat sambutan menggalakkan.
"Daripada maklum balas yang diterima sepanjang program itu berlangsung, kita melihat ia amat menggalakkan dan memperlihatkan ada kesungguhan pelajar untuk menyertai aktiviti yang kita adakan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Jelasnya, program itu akan diteruskan secara serentak di Perak dan Kelantan pada minggu depan.
Dalam pada itu, Pengetua SMK Datuk Muhammad Yusof, Ramli Othman berkata, program yang diadakan oleh SMP dan Utusan Malaysia itu sejak semalam dan berakhir hari ini memberikan impak positif yang besar kepada para pelajar.
Tambahnya, program itu sekali gus memberikan keyakinan kepada para pelajar untuk menghadapi Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak lama lagi.
"Berdasarkan pemerhatian, program itu amat baik sekali kerana ia bukan sahaja memberi tumpuan kepada pencapaian akademik semata-mata tetapi juga memberi keyakinan kepada pelajar khususnya di luar bandar.
"Pada masa yang sama, penggunaan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) dalam sisipan akhbar Utusan Malaysia benar-benar membantu para pelajar dalam meningkatkan penguasaan akademik mereka," katanya.
Kelab Alam Sekitar bakal diwujud di sekolah
240 guru prasekolah swasta, JAIM terima sijil tamat latihan
Pinjaman menarik warga pendidik
1Teachers Card bantu guru berjimat sambil menyumbang
Lebih 20,000 guru terlibat pelaksanaan JQaf termasuk di SJK Cina dan Tamil
Cabaran belajar sambil kerja
Ingati jasa guru seumur hidup
Hari Guru disambut meriah
AKRAB sentiasa mekar
Iktiraf guru dalam perkhidmatan
Alat tulis berkualiti penuhi keperluan guru, murid
YPC komited bantu tingkat mutu pendidikan
Sekolah Angkat YPT lahir 803 pelajar cemerlang 2012
Pembelajaran lebih berkesan
Terap budaya integriti dalam P&P
Karisma cungkil potensi murid
Biasiswa Mahathir bantu pelajar miskin
Mural patriotik untuk Wira Lahad Datu
Green ROSE didik murid berinteraksi dengan alam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









