ARKIB : 02/07/2012
Blanc tinggalkan Les Bleus
PARIS - Laurent Blanc memutuskan untuk tidak menyambung kontrak sebagai jurulatih Perancis, meskipun pasukannya melepasi sasaran minimum persekutuan bola sepak negara itu dengan mara ke peringkat suku akhir Euro 2012.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh beliau sendiri selepas tidak mencapai kata sepakat semasa perbincangan dengan Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF), minggu lalu.
Blanc mula memegang jawatan itu sejak 2010 telah menamatkan perkhidmatannya pada 30 Jun lalu.
Sambungan kontrak baru yang dicadangkan adalah sehingga 2014.
"Semasa perbincangan yang diadakan, kami tidak sehaluan mengenai pengurusan pasukan ini.
"Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menarik diri," kata bekas pertahanan Perancis ketika negara itu memenangi Piala Dunia 1998.
Ironinya, pada 2010, FFF telah menawarkan kontrak empat tahun sehingga Piala Dunia 2014, namun ditolak Blanc.
Pada kali ini, FFF juga bersedia menawarkan penyambungan kontrak berdasarkan peningkatan prestasi Les Bleus yang dapat mengekalkan rekod 23 perlawanan tanpa kalah di bawah kendalian Blanc.
Dipercayai, ekoran berlakunya masalah disiplin dan pertikaman lidah di kalangan beberapa pemainnya ketika Euro 2012, menyebabkan FFF mengenakan syarat baru dalam kontrak tersebut.
Perancis terkeluar daripada saingan selepas tewas kepada pilihan utama kejohanan, Sepanyol 0-2 pada peringkat suku akhir.
Beberapa nama yang disebut sebagai mengisi jawatan itu adalah bekas jurulatih Olympique Lyon, Paul Le Guen dan bekas rakan sepasukan Blanc, Didier Deschamps. - AFP
Dortmund lebih popular di zoo Jerman
Nicol mara ke suku akhir Terbuka Britain
Moyes Special One sebenar
Memang patut dipecat
Real mahukan Bale
Moyes buru pemain muda Southampton
Benitez, Di Matteo calon pengurus Stoke
Andy Carroll diketepi England hadapi Ireland, Brazil
Persaraan Ferguson hangatkan penutup EPL
The Special End buat Mourinho
Napoli mahu bawa Benitez kembali ke Serie A
Moyes bersedia lepaskan Rooney
Mourinho tinggalkan Real Madrid
Ferguson dipilih pengurus terbaik
Terima kasih Ferguson!
Wenger tabik pemain, Gunners ke Liga Juara-Juara
Benitez tinggalkan skuad mantap
Barca hampiri rekod 100 mata Real
Milan layak ke playoff Liga Juara-Juara
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










