ARKIB : 02/07/2012
Manfaat satelit komunikasi
Kenali apa itu satelit komunikasi dan jangan lepaskan peluang memenangi hadiah menarik menerusi kuiz dwimingguan ini dan hadiah terkumpul.
Antara sedar atau tidak, rakyat Malaysia sebenarnya memang sudah biasa dengan satelit komunikasi.
Sebagai contoh, ketika mengisi petrol di stesen minyak, kebanyakan transaksi kredit kad adalah melalui satelit komunikasi. Anda tentu pernah terlihat piring besar ditepi atau di belakang stesen-stesen minyak.
Manfaat satelit diperolehi oleh kita sama ada mereka menyedarinya atau tidak.
Ini kerana pada tanggapan umum, satelit hanyalah alat seperti kamera di atas bumi atau medium penghubung antara manusia dan diingati seketika apabila pengguna mengadap televisyen.
Pengetahuan terbaru ialah apabila telefon bimbit mula diperkenalkan dan ia bersandarkan kepada industri satelit.
Manfaat-manfaat ini dapat bahagikan kepada dua bahagian, iaitu Manfaat Strategik dan Manfaat Ekonomi.
Manfaat strategik
Manfaat strategik yang pertama ialah bagi tujuan keselamatan negara. Satelit komunikasi dapat membantu dan menambahkan keberkesanan pihak keselamatan dalam menjalankan tugas mereka. Perkara ini boleh diterjemahkan dengan dua cara:
1. Kawasan liputan satelit komunikasi adalah luas dan boleh alih. Satelit komunikasi bukan sahaja dapat memberi liputan 100 peratus ke seluruh negara hingga ke kawasan pedalaman, malah dapat meliputi kawasan negara jiran.
Sekiranya perlu seperti tugasan di Somalia sebagai contoh, liputan satelit tersebut juga boleh dialihkan ke kawasan baru yang memerlukan sekurang-kurangnya tiga satelit bergantung kepada beberapa faktor dan liputan ke seluruh bumi.
2. Pemilikan satelit komunikasi sendiri membolehkan kerajaan dan pihak keselamatan mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap saluran komunikasi dari peringkat markas sehingga ke medan operasi.
Ini adalah amat penting bagi memastikan bahawa maklumat dan data kerajaan terjamin rahsia dan tidak mudah diceroboh, didengar atau dipintas oleh pihak ketiga.
Bagi satelit komunikasi yang disewa, keselamatan data mungkin tergugat.
Manfaat strategik yang kedua ialah pembangunan sumber manusia melalui Program Transformasi Ekonomi negara, agar Malaysia mempunyai masyarakat yang berpengetahuan tinggi (knowledge-based society).
Pembangunan industri berkenaan adalah antara teknologi tinggi yang sudah sedia untuk dikuasai melalui pengalaman projek-projek pembangunan satelit sebelum ini dan pelaburan kerajaan seterusnya.
Melalui program-program strategik yang baru seperti pembangunan satelit komunikasi bersama pakar-pakar luar dan peralihan teknologi, jurutera dan saintis tempatan akan mendapat peluang untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan penguasaan teknologi satelit.
Untuk jangka masa panjang, kita tidak akan lagi bergantung kepada teknologi luar semata-mata, dan mampu menjadi pengeluar teknologi satelit sendiri, lantas merealisasikan hasrat menjadi masyarakat berpengetahuan tinggi.
Manfaat ekonomi
Dengan penjelasan yang ringkas, memang sudah jelas bahawa satelit komunikasi ini amat penting dan diperlukan oleh Malaysia.
Namun, bukan ini sahaja kerana sekiranya pelaburan dibuat dalam pembangunan satelit komunikasi ini, kerajaan juga sebenarnya akan mendapat pulangan dari segi ekonomi.
Pelaburan kepada program satelit komunikasi akan memberi pulangan semula kepada ekonomi negara dalam bentuk penglibatan industri tempatan di dalam pembangunan satelit ini.
Pakar dan syarikat-syarikat tempatan dapat memberikan servis mereka di dalam proses reka bentuk, pembangunan, pengujian, pelancaran, dan pengoperasian satelit komunikasi ini.
Manfaat ekonomi yang kedua ialah satelit komunikasi boleh menjadi penyumbang kepada Program Transformasi Ekonomi negara.
Ini seperti yang telah dikenal pasti dalam dokumen Economic Transformation Programme: A Roadmap for Malaysia, di bawah tajuk Communication Content and Infrastructure - Driving the Transition to a Knowledge-based Society".
Dokumen ini menekankan bahawa kerajaan perlu memberikan Internet jalur lebar berkelajuan tinggi kepada 95 peratus rakyat sebelum tahun 2020.
Satelit komunikasi adalah satu-satunya infrastruktur yang dapat membantu kerajaan mencapai sasaran ini dengan kos terendah untuk tempoh masa yang diperlukan (2020).
Bagi membina jaluran gentian optik atau komunikasi 3G secara keseluruhan adalah tinggi dan memerlukan masa yang panjang. Ini kerana, keadaan topografi negara kita yang berbukit bukau serta kawasan pedalaman mendorong kepada kos infrastruktur yang meningkat.
Kepentingan dan manfaat satelit komunikasi kepada Malaysia adalah jelas.
Selain menjadi salah satu platform untuk menjamin kedaulatan dan keselamatan negara, pelaburan dalam pembangunan satelit komunikasi dapat meningkatkan taraf rakyat Malaysia ke arah masyarakat berasaskan pengetahuan dan berpendapatan tinggi.
Pelaburan kerajaan dalam pembangunan satelit komunikasi nasional akan dapat merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan menerusi penglibatan syarikat-syarikat tempatan dalam perlaksanaan rangkaian pembekal.
Mesin penggoreng dua dalam satu
Mahkota berduri
Mesin penetasan telur
Arianespace lancarkan satelit
Gen tong sampah tangguh proses penuaan
Implan otak beri amaran sawan
Putter paling stabil
Transformasi kempen pilihan raya
Keberkesanan media sosial
Mesin IKS buat mi
Bangun laman web guna CMS
Masa depan
Carian
Konfigurasikan PC tanpa gangguan Internet
Mesin cabut bulu ayam
Rice bag rawat kecederaan sukan
Konservasi Orang Utan Bukit Merah
Monyet Belanda, orang utan di Kinabatangan
Mesin pelbagai guna
Tempoyak punya probiotik
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









