ARKIB : 02/07/2012
SMK Seri Jengka juara Bicara Berirama kebangsaan
SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Jengka, Maran berjaya menewaskan sembilan sekolah yang lain untuk muncul juara dalam pertandingan akhir Bicara Berirama 2012 Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) peringkat kebangsaan di sekolah itu, baru-baru ini.
Pengerusi Pergerakan Puteri Islam Perhubungan Pahang, Tengku Tan Sri Meriam Sultan Ahmad Shah berkata, Pertandingan Bicara Berirama merupakan satu persembahan bahasa puisi atau prosa yang disampaikan dalam bentuk kumpulan membabitkan pelbagai bentuk suara individu yang disatukan untuk menyampaikan mesej tertentu.
"Pertandingan peringkat kebangsaan ini secara langsung dapat menjalin hubungan silaturahim dan perpaduan antara ahli-ahli PPIM dari seluruh negara berteraskan konsep 1Malaysia," katanya ketika berucap di majlis perasmian pertandingan itu di Maran, Pahang baru-baru ini.
Sebanyak sepuluh buah sekolah menengah dari seluruh negara yang mewakili negeri masing-masing menyertai pertandingan ini.
Juara membawa pulang wang tunai RM1,000, trofi dan sijil penyertaan. Naib Juara yang disandang oleh SMK (A) Syarifah Rodziah, Melaka menerima wang tunai RM700, trofi dan sijil penyertaan.
Manakala tempat ketiga pula menjadi milik gabungan Sekolah-Sekolah Daerah Raub dengan hadiah wang tunai RM500, trofi dan sijil penyertaan.
Sekolah lain yang bertanding di peringkat akhir ialah SMK Zainab 1, Kota Bharu, Kelantan; SMK Agama Kangar, Perlis; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gopeng, Perak; SBPI Gombak, Sungai Pusu, Selangor; Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka; SMK Datuk Syed Isa, Batu Pahat, Johor; dan SMK Ahmad, Pekan.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar.
Hadir sama Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib; Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Sentol, Datuk Shahaniza Shamsuddin; Pegawai Daerah Maran, Datuk Fadzilla Saleh; Yang Dipertua PPIM Kebangsaan, Datin Sri Shamsiah Mohd Yatim, dan Pegawai Pelajaran Daerah Maran, Baharum Samad.
Setiap rumah ada wakil ke universiti
Dabong lebih besar daripada Perlis
Aktiviti cat gerabak pengangkutan murid
Seri Puteri johan Wind Orchestra Sekolah Berasramah Penuh
204 calon UPSR sertai program kecemerlangan kelolaan SMP, Utusan
Johor juara keseluruhan
Teruja perpustakaan 'manusia'
Buku kanak-kanak harumkan negara
Pil tablet pintar bantu tingkat prestasi akademik
Membaca jana pemikiran murid
Raih pingat emas di Turki
Martabatkan sastera kanak-kanak
Khidmat eKelas Maxis galak pembelajaran kreatif
Kelab 1Malaysia perkasa semangat patriotik murid
Pendidikan keluarga kekuatan AKRAB
Cadang hapus jaminan jawatan
200 murid sertai program kecemerlangan akademik, motivasi
Lonjak prestasi akademik
Rembau pilih SMP-Utusan Malaysia
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










