VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 Ogos 2014 / 26 Syawal 1435  
  Carian Arkib
PENDIDIKAN

ARKIB : 02/07/2012

Program '3 dalam 1' SMP - Utusan

ISMAIL ZAIN

LINGGI 1 Julai - Peserta Program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP) di sini hari ini mendapat kemahiran 'tiga dalam satu' dalam usaha mencorakkan kemenjadian pesertanya sebagai modal insan 360 darjah.

Program yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Muhammad Yusof itu mendapat kerjasama sepenuhnya Unit Pendidikan Utusan Malaysia.

Tiga kemahiran tersebut ialah kemahiran insaniah, kemahiran penaakulan dalam menjawab soalan dan kemahiran mengenali potensi diri.

Ketua Program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi Sekretariat Malaysia Prihatin, Dr. Ismail Zain berkata, usaha ini amat penting untuk menyahut cabaran pendidikan abad ke-21, yang memerlukan para pelajar menjana pemikiran kritis dan kreatif.

"Inilah asas ke arah transformasi diri yang boleh mewujudkan daya inovasi dalam memperkembang modal insan ke arah pembangunan negara,'' katanya kepada Utusan Malaysia selepas program berkenaan.

Beliau menambah, pengisian program itu juga digubal supaya mematuhi keperluan transformasi pendidikan negara.

"Kemahiran insaniah meliputi upaya komunikasi secara berkesan dan penonjolan diri,'' ujarnya.

Elemen penaakulan ialah para pelajar digalakkan berfikir dan menaakul dalam penyelesaian masalah pembelajaran harian mereka, kata Dr. Ismail.

Dengan mengaruh peserta untuk mengenali potensi diri masing-masing, tambah beliau, akan memupuk keyakinan serta menghargai harga diri agar mereka tidak mudah berputus asa.

Guru-guru cemerlang yang merupakan penggubal soalan peperiksaan kebangsaan membimbing dan menunjuk ajar bagaimana untuk mendapat A dalam kertas peperiksaan.

Seramai 200 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 dari lapan buah sekolah sekitar Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan mengikuti program yang ditaja sepenuhnya oleh Sekretariat Malaysia Prihatin.

Sekolah-sekolah berkenaan ialah SMK Datuk Muhammad Yusof, SM Rendah Agama Chuah, SMK Tanah Merah, SMK Datuk Haji Abdul Samad, SMK Bukit Saujana, SMK Pasir Panjang, SMK Teluk Kemang dan SMK Kampung Baru.

Pengetua SMK Datuk Muhammad Yusuf, Ramli Othman, bersyukur kerana program itu dapat dijalankan di sekolahnya, sambil menaruh harapan tinggi pelajar sekolahnya yang menyertai program itu mendapat keputusan cemerlang pada tahun ini.

"Saya meyakini program ini memang bagus, terima kasih banyak-banyak Sekretariat Malaysia Prihatin dan Kumpulan Utusan kerana membuat program di sekolah ini.

"Inisiatif yang dibawa oleh Sekretariat Malaysia Prihatin untuk pelajar kampung merupakan usaha yang cukup murni dan hanya Allah yang membalasnya,'' ujar Ramli.

Datuk Muhammad Yusof, merupakan Tokoh Guru Kebangsaan 1979, merupakan adik kepada Pendeta Zaaba, selain jawatan Setiausaha Khas kepada Yang di-Pertuan Agong yang pertama, pada tahun 1957.

Sekolah itu kini mempunyai 350 pelajar, calon PMR seramai 57 orang, dan semua calon mengikuti program ini.

Ramli yang pernah menjadi guru biasa di sekolah itu pada 1993 sehingga tahun 2000, menganggap guru merupakan pemangkin kepada kejayaan sesebuah sekolah.

Sejak dua tahun menjadi pengetua, beliau mendapati guru tidak boleh berputus asa memberi galakan dan rangsangan kepada pelajar sehingga ke saat akhir menjelang peperiksaan.

Amir Fuad Mohd Dom, Penolong Kanan 1, Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson melihat keseluruhan program itu telah berjalan dengan cukup baik.

"Terima kasih kepada Sekretariat Malaysia Prihatin serta terima kasih kepada usaha sekolah SMK Datuk Muhammad Yusof yang menguruskan dan merintis jalan dengan pihak sekretariat dan seterusnya membawa ke Negeri Sembilan,'' katanya.

Mengulas lebih lanjut, Amir Fuad memberitahu, program ini sangat sesuai dan tepat pada masanya.

"Teknik menjawab dan motivasi yang lengkap semuanya dalam satu pakej program.

"Silibus semua sudah habis, memang sekarang masa untuk ulang kaji dan gerak gempur,'' katanya.

Menurut beliau, program yang dianjurkan oleh pihak Sekretariat Malaysia Prihatin dengan kerjasama Unit Pendidikan Utusan Malaysia itu juga sejajar dengan usaha mempersiapkan calon PMR menghadapi ujian percubaan PMR pada pertengahan Ogos nanti.

Ujar beliau, selain program yang menjurus kepada kecemerlangan akademik, pengisian motivasi oleh pakar seperti Dr. Ismail Zain dapat menyuntik keyakinan yang tinggi, di samping menyedarkan pelajar yang mereka akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.

"Kadangkala (pelajar) belum sedar. Mereka tidak berasa risau atau merasai bahang peperiksaan. Bila sudah menghadiri program macam ini, baru tersentak.

"Sebab itulah peperiksaan percubaan teruk, sebab tidak sedar lagi,'' katanya.

Tambah beliau: "Saya harap program seperti ini dapat diteruskan , dengan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Usaha penajaan oleh sekretariat sangat penting kerana sekolah pun sudah tidak mempunyai banyak bajet.''

Sekolah lain yang akan mengikuti program ini dalam masa terdekat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Ketereh di Kota Bharu pada 6 dan 7 Julai, SK Perwira di Teluk Intan (7-8 Julai), SK Jimah Baru di Siliau (14-15 Julai), SMK Dato Abdul Razak di Seremban (8-9 September), SMK Kampung Chengal di Kota Bharu dan SMK Kok Lanas (12-13 September).

Lain-lain ialah SMK Sultan Abdullah Cenderong Balai (22-23 September) dan juga beberapa sekolah lain di Taiping, Bukit Mertajam dan Nibong Tebal pada 22, 23 , 29 dan 30 September.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.