ARKIB : 02/07/2012
Upacara pengebumian diserang
BEIRUT 1 Julai - Tentera Syria didakwa membunuh lebih 30 orang semalam apabila mereka melancarkan bom mortar ke arah satu perarakan pengebumian seorang lelaki yang maut dalam satu serangan sehari sebelum itu.
Aktivis berkata, satu rakaman video oleh orang awam yang disiarkan di satu laman web menunjukkan bom itu mengenai kumpulan perarakan tersebut.
Satu lagi rakaman video menunjukkan kesan selepas serangan bom mortar itu di mana mayat-mayat dilihat bergelimpangan.
Pamantau Hak Asasi Manusia Syria berkata, jumlah kematian dijangka meningkat, selain mereka yang cedera teruk.
Pihak berkuasa Syria mengehadkan liputan media menyebabkan sukar untuk mengesahkan laporan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, setakat ini lebih 10,000 orang mati dibunuh oleh tentera Syria, sejak kebangkitan rakyat tercetus di negara ini.
Damsyik pula menyatakan sekurang-kurangnya 2,600 anggota tentera dan pasukan keselamatan Syria dibunuh oleh pemberontak. - REUTERS
Penduduk Islam Britain ketakutan
Obama pertahan penggunaan drone
Datuk Bandar Osaka digesa mohon maaf
Ahmad Fathanah didakwa beri habuan pada 45 wanita
5 maut serangan bom di Pattani
Rakyat Malaysia bilionair Australia
5 maut serangan bom di Pattani
Turki hadkan penjualan arak
Gempa bumi 8.2 skala Richter di pantai timur Rusia
Kereta, sekolah, kedai, bnalai polis dibakar dalam rusuhan di Scotland
Iran nafi ceroboh ruang udara Bahrain
Helikopter polis terhempas ketika kejar penculik, 5 terbunuh
Satelit Ecuador berlanggar serpihan roket Rusia
Filipina ikrar pertahan hak
Barat ancam sokong pemberontak Syria
Iran giat jalani aktiviti nuklear - IAEA
Pengarah Urusan IMF disiasat
Pendaki Jepun manusia tertua daki Everest
Canselor Jerman kekal teratas senarai Forber 100 wanita paling berkuasa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









