VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 02/07/2012

Powerflex PX-1300 ciptaan OTO Bodycare

PETALING JAYA 1 Julai - OTO Bodycare, sebagai pengeluar produk penjagaan kesihatan telah melancarkan mesin urut kaki terbaru, Powerflex PX-1300.

Produk urut kaki itu boleh didapati dalam empat warna pilihan menarik iaitu aqua, koko, hitam dan ungu.

Menurut kenyataan OTO Bodycare, produk itu direka untuk membekalkan kenikmatan dan keselesaan kepada bahagian kaki semua pengguna.

Selain itu, ia juga mempunyai tiga fungsi yang istimewa serta berbeza dengan mesin urut kaki yang lain.

"Ia bukan sahaja boleh memberi urut tradisional, malah, terapi infra merah dan haba serta pad kaki elektro yang boleh digunakan serentak pada bahagian badan yang lain,'' kata OTO Bodycare di sini, baru-baru ini.

Bagi menambah keselesaan dan kesan yang baik, jelas kenyataan itu lagi, OTO Powerflex PX-1300 memberi urutan Tui-Na dan urutan refleksologi kaki pada masa yang sama di bahagian kaki depan, kaki dan buku lali.

Ia mempunyai tujuh program automatik iaitu day, night, activate, acupoint, relax, strengthen dan recover.

Terapi akupunktur juga boleh diberikan bagi membantu mengatasi masalah kekejangan dan kesakitan otot.

Selain daripada membekalkan urutan pada bahagian kaki, OTO Powerflex PX-1300 juga sesuai untuk diguna di bahagian betis, lengan dan tangan bagi melegakan kepenatan.

Terapi haba yang menggalakkan peredaran darah dan aliran limfatik turut menyempurnakan OTO Powerflex PX-1300 dengan melegakan kesakitan dan sengal pada sendi serta mengembalikan fleksibiliti.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.otobodycare.com.my atau hubungi talian khidmat OTO 603-9223 3666.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.