ARKIB : 02/07/2012
GTT tawar CCTV definisi tinggi
KUALA LUMPUR 1 Julai - Peranan sistem keselamatan kamera litar tertutup (CCTV) ketika ini bukan sahaja sebagai alat pengawasan keselamatan tetapi melebihi tugasan tersebut sehingga mampu menjadi 'mata ketiga' pihak pengurusan sesebuah syarikat.
Peranan yang dimainkan CCTV sangat besar sehingga membolehkan pihak pengurusan mengawal beratus-ratus operasi cawangan mereka secara langsung hanya melalui telefon pintar atau komputer.
Pengarah Urusan, Global Top Technologies (M) Sdn. Bhd. (GTT), T T Teoh berkata, jika dahulu CCTV dianggap sebagai pengganti pengawal keselamatan, tetapi kini tarafnya telah meningkat menjadi pengurus sesebuah syarikat.
Katanya, melalui sistem penyelesaian lengkap CCTV yang ditawarkan GTT, pemiliknya mampu memantau syarikat mereka melalui paparan video berdefinisi tinggi dengan suara yang jelas melalui aplikasi khas yang menyokong semua jenis telefon pintar dan komputer tablet.
"Dengan hanya menyentuh skrin telefon pintar, anda mampu menggerakkan kamera CCTV ke arah yang dituju dengan mudah serta boleh mendengar setiap bunyi yang dihasilkan di kawasan berkenaan.
"Mereka tidak perlu lagi menanggung kos perjalanan dan pembaziran masa untuk mengunjungi setiap cawangan bagi menguruskan operasinya," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini.
Teoh berkata, permintaan terhadap penyelesaian CCTV semakin meningkat dari semasa ke semasa berikutan kesedaran orang ramai berkenaan kelebihan yang ditawarkannya dari segi kos dan keberkesanannya mencegah kecurian.
Namun begitu, ramai pembeli pertama CCTV yang tertipu berikutan lambakan produk tiruan dan tidak berkualiti di pasaran sehingga menyebabkan timbul persepsi negatif terhadap keseluruhan produk berkenaan.
"Pembeli perlu bijak memilih jenama dan syarikat yang menawarkan perkhidmatan berkenaan. Contohnya seperti GTT, harga produk yang ditawarkan adalah kompetitif dan berkualiti tinggi.
"Selain itu, kami turut menyediakan khidmat selepas jualan bagi membantu pelanggan. Di GTT anda boleh memilih sendiri pakej yang ditawarkan tanpa sebarang penipuan produk," jelas Teoh.
Selain memasarkan beberapa jenama terkenal, GTT turut membangunkan papan litar untuk CCTV sendiri dan produk berkenaan telah diiktiraf beberapa syarikat gergasi sehingga dilantik menjadi pengeluar produk tulen (OEM) syarikat berkenaan.
Tambah Teoh, GTT turut memperkenalkan sistem francais bagi membantu usahawan berkecimpung dalam perniagaan penyelesaian keselamatan.
"GTT mempunyai 16 cawangan dan kesemuanya diusahakan oleh francaisi dengan sebahagian besar daripadanya adalah Bumiputera.
"Perniagaan ini mempunyai potensi yang besar. Usahawan boleh membuat pembiayaan francais melalui Perbadanan Nasional Bhd. (PNS) melalui pinjaman mikro sehinggan RM50,000," ujarnya.
Insurans untuk pembeli tiket
SME Bank jalin kerjasama dengan DAMU Fund
KPJ sasar RM1.3 bilion 2013
Kewangan Malindo Air kukuh
CEO baharu Maybank belum dimuktamadkan
TIME sasar ke rantau ASEAN
NCB akan perkukuh kedudukan kewangan
95% fasa satu Battersea telah terjual
THP sasar 1 juta tan
VADS pelawa ISV laksana 'komputer awan'
AIM sudah cukup matang
CCM tingkat pengeluaran baja
Sasar tambahan deposit akaun simpanan RM1b
Gajet penjimatan minyak kenderaan berat, MP-R HD dilancarkan
Microsoft perkenal projek bilik darjah Pop-up
PGB peruntuk RM8.1b
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









