ARKIB : 02/07/2012
Med-Info UM
FAKULTI Perubatan Universiti Malaya (UM) baru-baru ini melancarkan risalah Med-Info yang berkonsepkan kesihatan dan perubatan dengan matlamat memberi pengetahuan kepada orang ramai mengenai keperluan menjaga kesihatan diri pelajar, keluarga dan masyarakat.
Pelancaran risalah itu disempurnakan oleh Timbalan Dekan Fakulti Perubatan yang juga Penasihat Med-Info, Prof. Datin Dr. Hamimah Hassan di Dewan Klinikal Auditorium, Fakulti Perubatan, UM.
Dengan edisi berbahasa Inggeris bahan bacaan rkesihatan dan perubatan setebal lapan muka surat itu diharap menjadi wadah serta bacaan kesihatan utama buat warga UM individu tanpa mengira peringkat umur.
Diterbitkan secara bulanan dengan edisi pertamanya bermula Jun ini, Med-Info padat dengan maklumat berkaitan kesihatan dunia, pemakanan, kecergasan, perubatan, forum, inspirasi, hiburan kesihatan dan teknik mempelajari Bahasa Mandarin.
Turut hadir pada majlis pelancaran itu, Ketua Editor Med-Info, Zulfakar Arif Zulkarnain.
Sebagai simbolik pelancaran, gimik bunting yang memaparkan muka hadapan terbitan Med-Info dan paparan visual risalah dipaparkan pada skrin layar.
Terdahulu, Hamimah dalam ucapannya berkata, penerbitan risalah Med-Info amat sesuai kerana warga UM semakin peka terhadap penjagaan kesihatan.
"Apa yang perlu diketahui bahawa kesihatan bukan semata-mata bebas daripada penyakit tetapi mengamalkan gaya hidup sihat selain mengetahui kaedah-kaedah rawatan yang digunakan.
Malah katanya, kandungan Med-Info juga lengkap memaparkan isu-isu berkaitan dunia kesihatan, perubatan serta panduan bagi menjalani kehidupan lebih sihat.
"Risalah ini juga diharap bukan sahaja menjadi bahan rujukan dan bacaan golongan pelajar dan kakitangan UM yang mementingkan kesihatan malah turut mengupas secara terperinci mengenai teknologi perubatan terkini," katanya.
Dalam pada itu, Zulfakar berkata, penerbitan Med-Info mendapat sokongan penuh daripada Dekan Fakulti Perubatan, Prof. Dr. Adeeba Kamarulzaman dalam menerbitkan risalah ini.
"Risalah ini merangkumi pelbagai ruangan yang bersifat keilmuan dan pengalaman di dalam bentuk yang lebih mudah difahami selain memaparkan isu-isu yang berkaitan dengan pembelajaran perubatan dan penyakit-penyakit utama.
"Malah ia menjadi wadah penerbitan menyampaikan maklumat terkini yang berkaitan dengan profesional kedoktoran yang diterbitkan secara berkala," katanya.
Apabila buku, perpustakaan jadi teman akrab
5,000 lepasan SPM hadiri temu duga terbuka ke IPT
Anak pembantu pasar raya raih Anugerah Naib Canselor UiTM
Graduan Melayu jangan berasa selesa
UTeM tawan dua gunung Jawa
Selaras bidang pertanian
Pelajar UUM juara golf
Angkat seni Melayu
Nostalgia UM
Pelajar msu lawat China
Jadi pilihan
Larian kebajikan
Hargai wira
MoU dengan lima IPT
Maxis taja biasiswa MSEA
Berat badan turun sambil bekerja
Program baru UMP
Anugerah diraja
Misi 100 jam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









