VERSI : Mobile | Akhbar Digital
26 Julai 2014 / 28 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 01/07/2012

Mendapat kehidupan baru

SEMASA mula-mula datang ke sini , saya tak boleh berjalan laju dan bercakap pun tidak lancar. Tergagap-gagap, kata orang.Ia berpunca daripada strok. Kalau diikutkan, saya tak menjangka langsung dapat normal seperti hari ini," celoteh Faridah Shamsuddin.

Malah, katanya, dia banyak menghabiskan masa di rumah dengan menjalankan perniagaan online.

"Dulu saya jarang keluar rumah kecuali atas urusan perniagaan. Sekarang saya sedikit lega kerana lebih sihat dan boleh menjalankan aktiviti seperti rakan-rakan seusia saya," akuinya.

Berkongsi pengalaman menghidap strok , Faridah mengakui ketika itu kehidupannya berubah serta-merta.

Kesukaran menguruskan diri memang perit baginya.

"Tuhan saja yang tahu ketika itu. Namun, saya reda. Keluarga dan semangat diri banyak membantu. Bahkan, rakan-rakan yang berkunjung ke rumah banyak menguatkan semangat saya," ujarnya.

Dalam pada itu, Faridah tidak ketinggalan menjalankan rawatan di pusat Ceragem, W-10-0, West Wing, Subang Square, Jalan SS 15/4G, Subang Jaya, Selangor.

SeronokSambil berbalut selimut di katil mesin Ceragem , Faridah kelihatan begitu seronok ketika bercerita. Tangan kanannya rancak menggerak-gerakkan sebuah projektor bercahaya di lengan kirinya.

Selepas beberapa kali menggunakan mesin Ceragem , Faridah seolah-olah mendapat kehidupan yang baru.

"Selepas sebulan menggunakan mesin ini, saya terasa perubahan," ujarnya sambil terus tersenyum.

Menjelaskan bahawa mesin rawatan alternatif, Ceragem yang didatangkan dari Korea ini menggabungkan lima teknik perubatan di peringkat Asia dan antarabangsa, Pengurus Ceragem Subang Jaya, Aishah Park Tae Lim, 64 berkata, alat ini menggabungkan teknik urutan, acupressure, sinar infra merah jauh (FIR), moxibustion dan chiiropraktik.

"Ia adalah sebuah katil yang dapat membekalkan sebaran tekanan berat badan secara sama rata, dengan mematuhi undang-undang graviti. Jumlah tekanan itu diperlukan untuk acupressure yang berkesan.

"Aplikasi moxibustion pada garisan dan poin Chi yang didatangkan daripada perubatan Timur pula dapat menyalurkan haba daripada batu-batu jed asli. Sistem ini berfungsi sebagai projektor dalaman mesin ini," jelas Aishah lagi.

Apabila mesin ini dipasang, projektor itu akan bergerak dari bahagian bawah badan, iaitu dari paras tulang pelvik, dan naik ke bahagian atas badan sehingga leher.

Kemudian projektor itu akan bergerak semula ke bahagian bawah badan dan berhenti pada beberapa poin yang memerlukan perhatian terutamanya bahagian yang berasa lenguh.

Teori chiropraktik yang memfokus kepada tulang belakang pula ialah kaedah yang digunakan sejak berabad lamanya untuk mengekalkan kesihatan badan.

Stimulasi fizikal seperti tekanan akupuntur dan fungsi urutan yang diperkaya dengan FIR terhadap cakera tulang belakang membantu memaksimumkan fungsi sistem saraf dan pengaliran darah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.