VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 01/07/2012

Rahsia Nasi Lemak Antarabangsa

ORANG ramai sanggup beratur untuk mendapatkan hidangan Nasi Lemak Antarabangsa.

TIDAK lengkap pemburuan peminat tegar nasi lemak andai tidak pernah menikmati Nasi Lemak Antarabangsa yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Popularitinya sejak awal 1990-an tidak dapat disangkal hingga berjaya memancing pelanggan datang dari jauh malah ramai juga dari luar negara.

Namun, kepopularan warung nasi lemak daun pisang yang beroperasi dari pukul 5 petang ini tidak akan timbul andai ia tiada sesuatu yang istimewa membuatkan ia menjadi buah mulut orang.

Secara rendah diri, pengurus Nasi Lemak Antarabangsa, Roshidah Ahmad yang juga merupakan anak kepada pengasas warung tersebut, Normi Tandoh tidak mengelaskan hidangan mereka sebagai nasi lemak yang terlazat di sini.

"Nasi Lemak Antarabangsa mungkin antara yang paling popular tetapi kami tidak pernah mengakui ia terlazat kerana setiap orang ada cita-rasa yang berlainan.

"Resipi dan rasanya masih sama sejak ibu saya mula menjualnya di pejabat-pejabat pada tahun 1973 sehinggalah sekarang.

"Mungkin kelainan kami pada kuah sambal yang dimasak hari-hari. Ia dimasak lama sehingga lebih empat jam.

"Kami turut menambah ikan bilis goreng yang dikisar halus bagi melengkap rasanya," ujarnya yang kini menguruskan warung tersebut bersama-sama suaminya, Abdul Halim Jamaludin.

Antara lauk yang disediakan ialah rendang ayam, daging, hati ayam dan pedal, sambal kerang dan sotong serta ayam goreng.

Nasi Lemak Antarabangsa turut menyediakan hidangan sampingan seperti soto, nasi impit kuah kacang dan bihun goreng.

Menyingkap sejarah Nasi Lemak Antarabangsa, selepas mendapat sambutan ramai, Normi berniaga nasi lemak menggunakan kereta tolak yang bertapak di depan rumah mereka lalu membuat keputusan membina warung di situ sekitar 1980-an.

Nama nasi Lemak Antarabangsa mula meletus pada tahun 1993 apabila mereka mula beroperasi pada waktu malam dimana ketika itu nasi lemak biasanya hanya dihidangkan pada waktu pagi saja.

Menurut Abdul Halim, mereka merancang untuk mengembangkan perniagaan dengan membuka cawangan dalam bentuk gerai yang akan dibuka di kompleks perniagaan atau lot-lot kedai, gerai tersebut bukan gerai biasa tetapi ia adalah kereta tolak elektronik (EPC).

"Melalui cara itu, pemilik akan mengetahui perkembangan jualan sebanyak tiga kali sehari walaupun tidak berada di gerai kerana maklumatnya boleh diperoleh melalui telefon bimbit atau e-mel.

"Selain itu, EPC juga memudahkan kita memantau gerai melalui sistem kamera litar tertutup (CCTV)," ujarnya sambil menambah gerai tersebut turut akan dilengkapi kemudahan wifi.

Bernaung di bawah Shaha Resources Sdn. Bhd, pihaknya menggalakkan lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) dan golongan pesara menceburi bidang yang berkonsepkan perkongsian perniagaan itu.

Ujarnya, orang ramai yang berminat boleh menghubungi pihaknya melalui emel nasilemak@antarabangsa.my

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.