ARKIB : 01/07/2012
Tiada lesen, cukai jalan
SEREMBAN 30 Jun - Sikap segelintir pelajar warga asing yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya dengan memandu kenderaan tanpa cukai jalan dan lesen mengundang padah apabila 10 buah motosikal dan sebuah kereta mereka disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Ops Mr. Black di sekitar Nilai dekat sini semalam.
Pengarah JPJ negeri, Saiful Azzri Hamzah memberitahu, operasi yang bermula pada pukul 4.30 petang itu tertumpu di beberapa buah lokasi yang sering menjadi tumpuan pelajar asing di daerah itu.
"Dalam operasi itu kita telah mengeluarkan sebanyak 119 saman dan 32 notis arah periksa kepada pemandu warga asing dan juga tempatan kerana pelbagai kesalahan.
"Operasi ini dilakukan berikutan aduan penduduk mengenai sikap pelajar asing berkenaan yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya di negara ini," katanya kepada pemberita, di sini semalam.
Saiful Azzri juga menjelaskan, operasi itu melibatkan anggota penguat kuasa yang terdiri daripada anggota JPJ, polis, Imigresen serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
"Dalam operasi itu juga pihak Imigresen melakukan pemeriksaan dan hasilnya seramai enam lelaki warga asing yang terdiri daripada warga Afrika, India dan Myanmar ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah selain tinggal lebih masa," jelasnya.
Menurutnya, pihak AADK turut menahan seorang wanita berusia 20-an kerana didapati positif dadah jenis ketamin.
Kematian tahanan ada unsur jenayah
Pekerja hotel maut kereta dirempuh treler
Polis Selangor belum terima notis perhimpunan Sabtu ini
Peniaga besi buruk disuntik dadah sebelum disamun
Remaja maut terperosok di bawah lori
3 maut dalam kemalangan tiga kenderaan
Kakitangan hotel maut kereta dirempuh treler
Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang buat laporan polis
Samun: Polis tahan dua warga tempatan, 4 lelaki Indonesia
Geng Botak tumpas di Perak
Tahanan mati akibat sakit dada
Lagi nahas ragut empat nyawa
Nyawa suami, anak-anak terancam
Lelaki mati ditikam sekumpulan lelaki
Budak kahwin perogol disiasat
Sindiket 'bomoh Cina' tumpas
Misi buru penembak ganas
Kebun durian jadi makmal dadah dibongkar
Geng ragut, curi motosikal tumpas
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









