VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
UTARA

ARKIB : 30/06/2012

Medan selera terapung dibina

ALOR SETAR 29 Jun - Tebing Sungai Kedah berdekatan Tanjung Chali di sini bakal menjadi lokasi tarikan pelancongan bertaraf antarabangsa apabila sebuah medan selera terapung berkonsep moden dibina tidak lama lagi dengan kos RM5 juta.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, medan selera kira-kira 200 meter panjang dan 20 meter lebar dari tebing ke tengah sungai itu akan dibangunkan oleh sebuah syarikat swasta tempatan.

"Majlis Bandaran Alor Setar (MBAS) telah meluluskan cadangan syarikat tersebut untuk membangunkan medan selera yang menyajikan makanan, minuman dan cenderamata untuk para pengunjung," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, medan selera itu membolehkan pengunjung menikmati pemandangan menarik tepi sungai sambil menjamu selera dalam suasana selesa, santai, berkonsep terbuka dan mewah pada waktu petang hingga malam.

Menurutnya, medan selera itu akan dibina di tebing sungai bermula dari Medan Kota sedia ada hingga ke Tanjung Chali dengan pelantar terapung yang indah.

"Syarikat itu akan bertindak menguruskan medan selera itu dan mungkin akan ada beberapa restoran terkenal beroperasi nanti," jelasnya.

Mat Noh memberitahu, cadangan pembinaannya telah dihantar kepada kerajaan negeri untuk proses selanjutnya dan kerja-kerja pembinaan akan dilaksanakan serta-merta sebaik sahaja mendapat kelulusan.

Menurutnya, projek berkenaan dilaksanakan sepenuhnya oleh syarikat berkenaan manakala MBAS bertindak sebagai pemudah cara untuk memastikan ia terlaksana.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.