ARKIB : 30/06/2012
Mimpi ngeri Jerman berulang
WARSAW - Mimpi ngeri Jerman yang tidak pernah mengalahkan Itali dalam tujuh pertembungan kompetitif terakhir, berulang apabila sekali lagi akur dengan kehebatan Azzurri setelah kalah 1-2 pada separuh akhir Euro 2012, semalam.
Ketika ramai yang menjangkakan Jerman mampu menang dan mengakhiri badi kalah kepada Itali pada perlawanan akhir Piala Dunia 1982 dan separuh akhir 2006, skuad Joachim Loew tewas hasil jaringan menarik Mario Balotelli pada minit ke-20 dan ke-36.
Lantaran itu, Loew mengakui desas desus Jerman mampu muncul juara Euro 2012 cuma cakap-cakap murahan.
Selepas ketinggalan 0-2 dalam sebahagian besar perlawanan, Jerman berusaha bangkit dengan mengatur serangan bertali arus memasuki babak kedua.
Penalti Mesut Ozil pada minit ke-92 menghidupkan kembali harapan pasukan pilihan itu, tetapi ia sudah terlewat.
Memulakan kempen dengan reputasi sebagai pilihan untuk muncul juara bersama Sepanyol, rekod 15 perlawanan tanpa kalah Jerman, yang memenangi semua 10 aksi kelayakan Euro 2012 serta empat perlawanan awal di Ukraine bagaimanapun dileburkan oleh Itali.
Benteng pertahanan Jerman kebal, dirobohkan oleh larian bertenaga dan deras Balotelli.
Skil hebat dua bintang tengah, Bastian Schweinsteiger dan Ozil ditenggelamkan kehebatan bintang tengah Itali, Andrea Pirlo dan Riccardo Montolivo.
Loew, yang memiliki kontrak sebagai jurulatih sehingga Piala Dunia 2014 bagaimanapun berkata, masa Jerman akan tiba juga suatu hari nanti.
"Ini semua adalah sebahagian daripada proses membangunkan pasukan. Anda tidak boleh merangkul piala hanya dengan bercakap mengenainya.
"Sepanyol perlu menunggu lama sebelum masa mereka tiba (menjuarai Piala Dunia 2010 dan Euro 2008).
"Pada separuh masa kedua, kami melakukan segala yang termampu untuk merubah keputusan perlawanan dan pemain beraksi dengan sepenuh hati.
"Selain daripada kekalahan hari ini, perjalanan keseluruhan pasukan amat baik dan ia adalah proses pembelajaran," katanya. - AFP
Jordan, Uzbekistan ke playoff zon Asia
Aston Villa ikat penyerang muda Denmark
Positif dadah: Pelari Jamaica dilarang sertai kejohanan
Korea Selatan, Iran layak ke Piala Dunia 2014
Iran, Korea layak ke Piala Dunia tahun depan
Australia iringi Jepun ke Brazil
Brazil ketepi dendam jumpa Mexico
Guardiola sesuai untuk generasi baru Bayern
Koscielny setia bersama Arsenal tolak Barca, Bayern
Korea Selatan, Iran layak ke Piala Dunia 2014
Australia layak ke Piala Dunia 2014
Tulisan tangan Fergie dilelong
Nigeria belasah Tahiti 6-1
Balotelli julang Itali
Del Bosque gesa Sepanyol ledak lebih banyak gol
Korea perlu seri untuk layak
Rose juara penuh emosi
Sepanyol kalahkan Uruguay 2-1
Habsyah ketuai kemaraan ke playoff Piala Dunia
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||











