ARKIB : 30/06/2012
33 rumah Orang Asli tiga kampung rosak dilanda ribut
BERA 29 Jun - Sebanyak 33 buah rumah di tiga buah kampung di kawasan kediaman Orang Asli sekitar Pos Iskandar, dekat sini rosak akibat dipukul ribut malam tadi.
Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 10.30 malam itu melibatkan 22 keluarga terdiri daripada 78 orang dari Kampung Putat, Kampung Gua dan Kampung Bapak.
Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Supritendan Zahid Mohd. Noor berkata, ribut yang berlaku kira-kira 40 minit itu turut menyebabkan sebahagian rumah rosak dihempap dahan pokok patah selain terdapat bumbung rumah yang diterbangkan angin.
Katanya, bagaimanapun tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan berlaku.
"Jumlah kerugian belum dapat ditaksirkan kerana pihak berkuasa termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) masih menjalankan siasatan," katanya di sini hari ini.
Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Bera, Thazir Hussien yang mewakili Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir menyampaikan bantuan berupa makanan, pakaian dan wang kepada mangsa.
Difahamkan, sebahagian daripada mangsa terlibat masih menumpang di rumah jiran sementara ada yang telah pulang ke rumah masing-masing pagi ini.
Kelab Agrosiswa di setiap IPTA
700 pembeli kecewa rumah tidak siap
Jangan takut derma buah pinggang
Tiada masalah hidup dengan satu buah pinggang
MBNP bantah perhimpunan haram
Kita perlu kuasai media sosial
Pembangunan wanita negeri ditingkat sejajar perubahan dialami negara
Jalan Persekutuan dinaik taraf
OUM taja 5,000 naskhah Utusan Malaysia
Program Khidmat Bantu Di Rumah beri harapan kepada warga emas
Keunikan Kampung Labu gamit pelawat
40 balai bomba tambahan di Pahang
Kuala Lipis bakal jadi hab pendidikan
RMTN sambut Hari Tapir Sedunia
Calon bakal hilang deposit
Guru sekolah Orang Asli redah hutan lebih 2 jam
Kemajuan Orang Asli seluruh Pahang dibela
Koperasi bantu nelayan sungai
10 Exco Pahang angkat sumpah
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









