ARKIB : 30/06/2012
Bicara kes Anwar saman Khairy pertengahan November
KUALA LUMPUR 29 Jun - Kes saman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berhubung dakwaan memfitnah dalam satu ceramah politik di Lembah Pantai, empat tahun lalu akan dibicarakan pada 14 dan 20 November depan.
Hakim Datuk Hue Siew Kheng menetapkan tarikh itu hari ini ketika pengurusan kes di kamar beliau di Mahkamah Tinggi di sini.
Peguam J. Leela yang mewakili Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memberitahu pemberita, hakim berkenaan menetapkan 13 Ogos depan bagi pengurusan kes untuk peguam kedua-dua pihak memfailkan ringkasan kes, senarai saksi dan isu untuk dibicarakan.
Menurut beliau, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu selaku plaintif akan dipanggil memberi keterangan selain daripada pemberita berkaitan.
Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau dinamakan sebagai defendan diwakili peguam Faizal Faiz.
Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO kerana didakwa memfitnah beliau dalam satu ceramah di Lembah Pantai pada 20 Februari tahun yang sama.
Ekoran ceramah tersebut, plaintif mendakwa defendan telah mengucapkan dan menyebabkan penerbitan satu rakaman klip video dalam beberapa laman web termasuk Malaysiakini.com yang menerbitkan sebuah artikel bertajuk Anwar and kin no threat yang didakwa mengandungi kata-kata fitnah.
Plaintif mendakwa, kata-kata tersebut menyinggung dan merupakan fitnah dengan niat memperkecilkan dirinya sebagai bekas Menteri Kewangan dan bekas Timbalan Perdana Menteri.
Siasatan polis bertaraf dunia
Kathavarayan rakan subahat manipulasi keterangan
'Salah doa Guan Eng di masjid'
Didakwa di bawah Akta Hasutan
Ummu Jah didakwa 22 November
Mohd. Rafizi gagal ketepi pertuduhan
Saman fitnah: Rayuan Harakah ditolak
Mohd. Rafizi gagal ketepi pertuduhan
Kalimah Allah: Majlis Agama dan MACMA dibenar jadi pencelah
Tertuduh kes Dirang diperintah bela diri
Saiful Apek, tiga rakan diperintah bela diri tuduhan dadah
NFC: Shamsubahrin dibayar sebagai konsultan
Wanita Indonesia dera anak tiri sampai mati digantung
Mohamad Salleh setuju bayar Shamsubahrin RM2.75 juta untuk konsultasi
Kes dadah: Mahkamah Tinggi perintah Saiful Apek bela diri
Adam Adli didakwa esok
Hakim tidak digalak salin semula penghujahan bertulis
Mahkamah benarkan 55 IPTS cabar keputusan pendaftar
Keputusan kes bunuh jutawan kosmetik diketahui esok
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









