ARKIB : 30/06/2012
Bicara tipu Pengarah NFCorp ditangguh 10 September
KUALA LUMPUR 29 Jun - Perbicaraan kes seorang ahli perniagaan yang didakwa atas lima tuduhan menipu Pengarah National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail membabitkan RM1.75 juta yang dijadualkan bermula 16 Julai ini ditangguhkan sehingga 10 September ini.
Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Rozilah Salleh membenarkan penangguhan kes terhadap Datuk Shamsubahrin Ismail bagi membolehkan pihak pendakwaan dan pembelaan menetapkan isu yang akan dibicarakan dan melengkapkan dokumen yang diperlukan sepanjang perbicaraan itu.
Pada prosiding hari ini, mahkamah turut membenarkan permohonan Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa agar perbicaraan kes tipu itu dibicarakan bersama 17 pertuduhan yang baru dikenakan ke atas Shamsubahrin berhubung aktiviti pengubahan wang haram melibatkan transaksi yang sama.
Selain itu, hakim menetapkan 27 Julai dan 30 Ogos depan untuk pengurusan kes tersebut.
Mahkamah sebelum ini menetapkan 16 hingga 27 Julai ini untuk perbicaraan kes tipu tersebut.
Shamsubahrin diwakili oleh peguam Zarina Ismail dan Kamarul Hisham Kamarudin.
Pada 18 Jun lalu, ahli perniagaan tersebut didakwa atas 17 pertuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dengan cara mengeluarkan wang berjumlah RM1.75 juta daripada beberapa akaun bank ke dalam akaun bank miliknya dan isteri, Suzana Abdul Aziz serta dua buah syarikat.
Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di cawangan-cawangan CIMB Bank, RHB Bank dan Maybank sekitar ibu negara di antara 25 November dan 13 Disember tahun lalu.
Transaksi pengubahan wang haram itu turut membabitkan pembelian tiga buah kereta masing-masing jenama Mitsubishi Grandis, Mitsubishi ASX dan Mitsubishi Triton.
Bagi setiap pertuduhan itu, Shamsubahrin didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.
Sebelum dikenakan tuduhan-tuduhan terbabit, tertuduh yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Shamsubahrin Ismail Resources Sdn. Bhd. dituduh menipu Mohamad Salleh dengan memperdayakannya bagi menyerahkan cek berjumlah RM255,000 kononnya sebahagian daripada wang tersebut diberikan kepada pegawai polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Perdana bagi menutup kes NFCorp yang sedang disiasat.
Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di premis Bank CIMB cawangan Taman Tun Dr. Ismail di alamat No. 138 Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail di sini, pada 25 November 2011.
Dia juga dituduh bagi tiga lagi pertuduhan melakukan perbuatan yang sama membabitkan tiga keping cek masing-masing berjumlah RM500,000, RM300,000 dan RM700,000.
Dua daripada perbuatan tersebut didakwa dilakukan di premis Maybank cawangan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) di alamat Lot C-21-C, Concourse Extension Suria KLCC di sini pada 1 Disember 2011 manakala satu lagi perbuatan didakwa dilakukan di premis Maybank cawangan utama Petaling Jaya di alamat No. 50-52, Jalan Sultan (52/4) di sini pada 5 Disember tahun lalu.
Yazid Sufaat dibebaskan daripada tuduhan keganasan
Dua sahabat edar dadah digantung sampai mati
Ketua juruwang pasar raya didakwa pecah amanah
Tiga pengedar dadah ke tali gantung
Buruh dituduh cederakan penyokong parti politik
Ketua juruwang didakwa pecah amanah lebih RM0.5 juta
ADUN Sri Muda gagal ketepikan tuduhan menghasut
Pembekuan aset Genneva diketahui Selasa
ADUN Sri Muda gagal ketepikan tuduhan menghasut
Perhimpunan haram: Nik Nazmi dihadapkan ke mahkamah
Kes Mohd. Rafizi, bekas kerani disebut 10 Jun
Tiga pengarah, bekas pengarah Genneva bebas
Dera amah sampai mati, suami isteri dijel 24 tahun
Genneva: Bank Negara fail rayuan esok
Rasuah: Dua penguat kuasa KPDNKK didenda
Permohonan Ibrahim Ali didengar 19 Jun
3 pengarah dan bekas pengarah Geneva dibebaskan
Suami isteri dipenjara 24 tahun dera amah hingga mati
Kehilangan Sosilawati, rakan bukan kebetulan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









