ARKIB : 30/06/2012
Petronas beli syarikat Kanada
KUALA LUMPUR 29 Jun - Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), melalui anak syarikatnya Petronas Carigali Canada Ltd., telah mencapai persetujuan untuk memiliki Progress Energy Resources Corporation (Progress) dengan harga sekitar CAD$5.5 bilion (RM17.06 bilion).
Perjanjian mengenai perkara itu ditandatangani di Calgary, Kanada. Petronas diwakili oleh Naib Presiden Eksekutif Urusniaga Gas & Tenaganya, Datuk Anuar Ahmad, manakala Progress oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Michael Culbert.
Cadangan pemilikan itu adalah berdasarkan persefahaman di antara kedua-dua pihak sebelum ini untuk membangunkan sebahagian daripada aset syal Progress serta hasrat untuk meneruskan pembangunan sebuah fasiliti eksport bersepadu gas asli cecair (LNG) di Kanada barat.
"Pemilikan ini akan memastikan Petronas mempunyai sumber gas jangka panjang yang penting di sebuah wilayah yang stabil dari segi geopolitiknya.
"Ia juga akan mengukuhkan strategi bukan konvensional kami serta menegapkan kedudukan Petronas sebagai peserta utama LNG global," kata Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.
"Petronas percaya pemilikan ini mempunyai sinergi yang amat besar kerana ia akan menggabungkan kepakaran LNG global serta jangkauan pasaran kami dengan pengalaman luas Progress dalam pembangunan sumber bukan konvensional," tambah beliau.
Sempena pemilikan ini, Petronas bercadang untuk menggabungkan operasi perniagaannya dengan Progress dengan memanfaatkan pengalaman luas yang dimiliki oleh pengurusan serta warga kerja Progress bagi mencapai wawasan bersama kedua-dua syarikat untuk membina perniagaan yang mapan secara bertanggungjawab di Kanada. - BERNAMA
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Angkasa kerjasama lancar tablet pintar Outlook Pure
UMW lebar sayap ke Indonesia
Deleum rancang bida kontrak RM2 bilion
Altobridge ikat kontrak jalur lebar 3G dengan Maxis
Indah Water ke Afrika
TMIM bincang tentang golongan profesional wanita
Sasar berdikari dari segi kewangan
KFC sasar jualan burger meningkat
Tone Excel, LPKPM jalin kerjasama strategik
Givi Asia buka pusat sehenti di Melaka
Sasar kuasai 10 peratus pasaran
Belum masa terokai pasaran luar
Horizon, Mainstay bangun pusat beli-belah mewah
MBSB sasar tambah 20% deposit
Pinewood tarik produksi tempatan, antarabangsa
Malindo Air bakal ke Sibu, Miri, Tawau
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









