VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 30/06/2012

Berkongsi resipi di dapur

CHEF Kamarul Hasmi Che Ros sentiasa mencari masa untuk isteri dan anak-anak.

KASIH suami membawa ke syurga. Kerana kasih kepada isteri dan anak-anak tercinta seorang suami yang baik sanggup berkorban masa dan tenaga demi melihat kesemua permata hatinya bahagia.

Bagi selebriti Chef Kamarul Hasni Che Ros, 37, tiada yang lebih membahagiakan diri apabila dapat bersama-sama keluarganya walaupun diri sentiasa sibuk dengan aktiviti sebagai pengacara program masakan.

Tambahan pula ketika ini beliau sedang menyambung pengajian peringkat ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang Consumer Behaviour (Gastronomique) di Business School Griaffith Gold Coast, Australia.

Ternyata kerana tidak mahu berjauhan dengan keluarganya sepanjang tempoh pengajian, mendorong beliau membawa bersama isteri Nur Hayati Abdul Rahman, 35, dan empat orang permata hati untuk tinggal bersamanya di sana.

Isterinya juga sanggup mengambil cuti sementara waktu sebagai pensyarah Pengurusan Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang.

Mengimbas kembali detik perkenalan, ternyata cinta yang disulam selama lima tahun telah berjaya menyatukan mereka pada tahun 1998 sebagai pasangan suami isteri yang sah.

Kamarul Hasni berkata, mereka telah berkahwin ketika masing-masing baru melanjutkan pengajian di UiTM setelah mengikat pertunangan hampir setahun.

"Kami berkenalan ketika masih belajar di sekolah menengah. Isteri merupakan kawan sekelas kepada sepupu saya ketika itu.

"Selepas lima tahun berkenalan dan mengenali hati budi masing-masing kami mengambil keputusan untuk berkahwin walaupun pada ketika itu masing-masing masih muda," katanya.

Sementara itu, Nur Hayati mengakui sangat bersyukur kerana dikurniakan suami penyayang yang sentiasa mendahulukan keluarga dalam semua perkara.

"Kami tinggal di Pulau Pinang, tetapi suami selalu ada penggambaran masakan di Kuala Lumpur. Dalam tempoh tersebut, suami selalu buat kejutan apabila secara tiba-tiba muncul di hadapan rumah ketika lewat malam walaupun ketika itu dia masih belum habis sesi penggambaran.

"Saya menganggapnya sebagai satu kejutan dan menghargai kasih sayang yang ditunjukkan kepada kami," katanya.

Ujarnya lagi, selain penuh dengan sikap penyayang, suami seorang yang sentiasa ghairah dan bersemangat melakukan pekerjaan.

"Dia tahu apa yang diinginkan dan sentiasa bercita-cita untuk memperbaiki kehidupan kami sekeluarga," katanya.

Sementara itu, akui Kamarul sikap penyayang dan sifat keibuan yang mendalam isterinya membuatkan hatinya terpaut pada Hayati.

"Isteri adalah anak sulung dalam keluarga. Saya tertarik dengan cara dia dibesarkan kerana ayahnya seorang polis.

"Disiplin tinggi yang ada dalam dirinya adalah pelengkap kepada saya memandangkan saya bukan seorang yang terlalu disiplin," katanya.

Ujar beliau lagi, gelarannya sebagai chef tidak langsung mengehadkan dirinya untuk memasak di rumah kepada keluarga.

"Walaupun ada andaian bahawa apabila menjadi seorang chef, sebahagian mereka kurang memasak di rumah, sebaliknya sifat itu amat berbeza dengan saya.

"Di rumah, saya dan isteri sentiasa bekerjasama ketika memasak. Jika isteri ada idea baru tentang masakan kami akan berkongsi dan saling bertukar-tukar pendapat," katanya.

Ujarnya, sebagai seorang bapa semestinya beliau berharap masakannya sentiasa diingati oleh anak-anak.

"Ia seperti saya mengingati masakan yang selalu di masak oleh emak dahulu. Ia adalah satu kenangan yang sangat indah," katanya.

Katanya lagi, rahsia untuk masakan menjadi sedap bukan hanya memerlukan keikhlasan ketika memasak, sebaliknya seseorang perlu mempunyai ilmu tentang masakan.

"Selain itu, untuk memastikan masakan rasa sedap saya akan gunakan barangan yang segar selain sentiasa mempunyai keghairahan untuk memasak," katanya.

Sementara itu, ujar pasangan bahagia yang kini sedang berehat dari cuti belajar, rahsia mereka kekal bahagia adalah sentiasa kreatif untuk merancang kehidupan mereka.

"Dalam setiap aktiviti dan perancangan tentang masa depan, kami akan berbincang bersama-sama perkara yang bakal dilakukan bersama-sama.

"Sebagai contoh dalam tempoh tiga tahun kami akan mula rasa jemu melakukan aktiviti yang sama.

"Untuk kekalkan kembali mood kami merancang sesuatu yang berbeza dan baru seperti yang dilakukan sekarang iaitu menyambung pelajaran bersama-sama," kata mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.