VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 30/06/2012

Syam Asmawi dalam kenangan

Allahyarham Nor Hisyam Asmawi.

Allahyarham yang lebih dikenali dengan nama Syam Asmawi (1974-2012) terkenal dengan ilusi atas kanvas menghembuskan nafas terakhir pada hari Sabtu, 5 Mei 2012, ketika berumur 38 tahun.

Kekal dikenang kerana sumbangannya menghasilkan karya-karya menguji minda, komuniti seni tempatan terasa kehilangan kerana bakat yang ada pada insan yang dahulunya bergelar seorang guru agama.

Syam hanya sempat berkarya dalam tempoh hampir 20 tahun bermula dari penghasilan potret dan dua tahun sebelum ini beliau mula menerokai unsur surrealisme ke arah pemahamannya.

Daripada seorang guru, beliau lebih gemar memilih laluan mengikut minat tersendiri.

Jika diperhatikan kerja seninya terperinci dan banyak dipengaruhi gaya Salvador Dali dan Michael Duchamp.

Pemergian beliau kekal sebagai seorang seniman dan seorang suami penyayang bagi isterinya (Nor Roszana Mohd. Maasom) serta bapa kepada dua anaknya (Muhammad Afkar dan Muhammad Aflah).

Syam dilahirkan di Perak. Belajar melukis dengan hasil usaha sendiri dan strok kontemporarinya sukar dicari ganti lebih-lebih lagi setelah dicampur dengan unsur realisme tiga dimensi (3D) .

Syam menyifatkan bagaimana seni menjadi suatu perjalanan pencarian diri kerana dia seolah-olah bertemu dengan dirinya ketika melukis.

"Saya berkarya melalui bayangan diri sendiri. Ia membangkitkan deria yang cantik dilihat tetapi asing dalam perasaannya," katanya baru-baru ini.

Kali terakhir bertemu dengan Allahyarham di Studio House of Matahati (HOM), beliau berkata, pelbagai perkara boleh diterjemahkan tetapi semuanya hanya ilusi dan helah dalam mempersembahkan hasil seni yang bersifat eksperimental.

Malah sebelum pertemuan tersebut, penulis telahpun bertemu dengannya ketika pameran Beautiful Mind di Core Design Gallery, Subang Jaya, Februari lalu.

Melihatkan kerja seninya membuatkan penulis teruja untuk berkenalan dengannya dan selepas mengenalinya barulah penulis sedar yang Syam lebih gemar tersenyum dan membiarkan kerja seninya berkata-kata dengan sendirinya.

Sukar bagi penulis mencari perkataan paling sesuai bagi menggambarkan kebolehan yang ada pada insan bernama Syam Asmawi.

Tribute: The Late Syam Asmawi

Pengarah Core Design Gallery, Scarlette Lee, berkata, galerinya kini mengadakan pameran berbentuk amal yang ditujukan khas buat Allahyarham Syam Asmawi bertajuk Tribute Charity Show- The Late Syam Asmawi bermula 24 Jun hingga 8 Julai 2012.

"Pameran ini berjaya menghimpunkan sejumlah besar karya yang dihasilkan oleh Syam dan pihak Core Design Gallery berbesar hati untuk membantu menjual karya beliau.

"Wang yang dikumpulkan dalam pameran ini akan disumbangkan kepada anak dan isterinya," jelasnya.

Menurutnya, tujuan sebenar Core Design Gallery mengadakan pameran tersebut adalah untuk menonjolkan bakat Allahyarham.

"Syam merupakan seorang seniman yang berbakat besar dan disenangi ramai malah dia juga sentiasa menerima kritikan orang lain dan tidak pernah berputus asa.

Show me the right path diilhamkan Syam ketika beliau bergelar seorang bapa.

"Dia juga seorang individu yang baik dan gaya stroknya juga amat istimewa. Selain karya Syam, 17 buah karya artis lain turut dipamerkan dan 100 peratus wang hasil kutipan penjualan karya ini akan diberikan kepada keluarganya.

"Pihak galeri dan artis lain tidak akan ambil walau satu sen kerana kami ingin membantu keluarga beliau yang sangat rapat dengan kami seperti sebuah keluarga," ujarnya.

Mereka yang turut menyumbang ialah Profesor Madya Jalaini Abu Hassan, Shaarim Sahat, Husin Hourmain, Fauzin Mustafa, Azliza Ayob, Liu Cheng Hua, Aziz Talha, Azad Daniel Haris, Aaris Amirza, Hafiz Nordin, Azar Ahmadi, Syafiq Ali'am, Raja Azeem Idzham, Meor Saifulah Lulaed, Mohd. Roslan dan lain-lain.

Tambahnya, sebelum ini Scarlette pernah berbincang dengan Syam mengenai pameran solonya kerana baginya pameran sedemikian merupakan impiannya sejak dari kecil.

Bagi Core Design Gallery, persahabatan di antara pihak galeri dan artis amat diutamakan dan ia lebih dari sekadar kolaborasi antara seniman dan pihak galeri.

"Kami lebih utamakan persahabatan di antara artis. Selain berkawan, kami juga kenal rapat dengan artis-artis kami.

"Bagi saya, artis merupakan aset paling penting dan ia lebih bernilai daripada karya yang dipamerkan," ujarnya.

Core Design Gallery terletak di No. 87, Jalan SS 15/2A, Subang Jaya. Waktu melawat bermula dari 10 pagi hingga 7 malam (Isnin hingga Jumaat) dan 10 pagi hingga 9 malam (Sabtu dan Ahad).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.