VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
FEMININ

ARKIB : 30/06/2012

Bergaya selesa dengan BIEM

PENGGUNAAN kain kapas menyebabkan si pemakainya berasa selesa.

TAMPIL anggun dan menyerlah dengan koleksi terkini daripada fesyen jenama BIEM yang diilhamkan daripada gaya hidup serba pantas.

Kesibukan wanita mahupun lelaki yang menjalani gaya hidup berkerjaya tidak dapat dinafikan, mereka sudah tentu inginkan kelainan dalam fesyen supaya tampil kelihatan elegan dan bergaya.

Oleh sebab itu, jenama mewah ini mengetengahkan inovasi rekaan yang lebih kontemporari, formal dan kasual bertemakan City Life.

Menurut pengurus BIEM Malaysia, Niki Leng Sow Wai, BIEM adalah satu jenama yang sinonim dengan lelaki dan wanita muda yang suka bergaya dan menggemari fesyen.

"Koleksi pakaian ini lebih sesuai dengan generasi muda yang berkerjaya dan dengan penggayaan jenama ini si pemakai kelihatan lebih moden dan bergaya.

"BIEM diilhamkan dengan suasana kehidupan di bandar raya dengan pakaian yang bergaya dan berstruktur serta menggambarkan imej yang profesional.

"Setiap rekaan pakaian ini ia sentiasa menampilkan keunikan dan juga menerapkan suasana kehidupan yang romantik di bandar raya," katanya.

Menurutnya, fabrik yang diperbuat daripada campuran kapas membuatkan si pemakai berasa lebih yakin untuk menggayakan dengan selesa.

BIEM telah diwujudkan pada tahun 2006 untuk generasi muda yang baru memulakan langkah di alam pekerjaan.

Seiring dengan peredaran arus fesyen sekarang, label tersebut baru-baru ini tampil dengan himpunan koleksi sempena musim bunga/panas 2012 dengan gaya lebih menarik dan elegan.

Koleksi ini menampilkan rekaan pakaian seperti jaket dan seluar distrukturkan dengan potongan yang unik serta warna-warna yang menarik seperti hitam, putih dan biru.

Selain itu, koleksi terbaru BIEM turut menampilkan tops dan blaus dengan rekaan kerutan pada pakaian dan pengunaan warna-warna lembut seperti ungu dan merah jambu membuatkan si pemakai kelihatan lebih menyerlah.

Rekaan dan gabungan rona-rona warna yang menarik membuatkan si pemakai kelihatan lebih serius dan berani dengan sentuhan yang unik melalui perincian fabrik dan hiasan.

Pemakaian blazer bersama potongan seluar berbentuk lurus rata di depan dipadankan dengan versi jaket gaya ves preppy yang menarik menambahkan lagi daya penaik si pemakai.

Di samping itu, lelaki lebih menonjol dan segak dengan perincian kedut pada baju serta gaya baju sejuk kapas tanpa zip sama ada berlengan atau tidak.

Tidak ketinggalan, BIEM juga memahami gaya wanita bekerjaya pada masa kini yang menginginkan rekaan yang cantik dan menarik. Terdapat pelbagai pilihan yang ditawarkan termasuklah baju, seluar, blazer dan skirt.

Dengan penampilan blazer yang menarik bersama pakaian yang cantik membuatkan si pemakai mudah untuk bergerak.

Ia juga sesuai untuk digayakan pada majlis makan malam dengan perasaan penuh keyakinan.

Himpunan pakaian ini bukan sahaja tertumpu untuk ke pejabat, majlis makan malam tetapi juga sesuai untuk tampil bergaya ringkas dengan skirt pada hari kasual yang mana memperlihatkan wanita sentiasa mementingkan penampilan dan gaya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.