ARKIB : 29/06/2012
Nani pulang penuh bangga
DONETSK - Penggempur Portugal, Cristiano Ronaldo dan Nani berkata pasukannya tetap berbangga dengan pencapaian pada kempen Euro kali ini apabila mara hingga ke separuh akhir sebelum dibenamkan Sepanyol menerusi penentuan penalti, semalam.
"Kami tidak kurang ketajaman, cuma kurang bernasib baik. Itulah nasib jika perlawanan ditentukan dengan sepakan penalti," kata Ronaldo, yang masih belum mendakap piala bersama pasukan kebangsaan.
Lebih malang Ronaldo tidak berkesempatan melakukan sepakan penalti setelah Joao Moutinho dan Bruno Alves gagal menewaskan Iker Casillas, sebelum Cesc Fabregas yang melakukan sepakan terakhir Sepanyol mengesahkan kemaraan La Roja.
Pemain Manchester United, Nani berkata pasukannya telah memberikan tentangan terbaik kepada Sepanyol, namun agak sukar menjangka kemenangan menerusi penalti.
"Penyokong di tanah air perlu berbangga. Kita tidak harus berasa malu kerana pasukan ini mempunyai kualiti untuk mara ke perlawanan akhir," katanya yang menyempurnakan penalti.
Kekalahan tersebut menyebabkan pasukan itu tidak dapat mengulangi sejarah mara ke perlawanan akhir seperti mana pada Euro 2004.
Sementara itu, rakan sepasukan Ronaldo di Real Madrid, Pepe berkata pertahanan pasukan itu berjaya menahan asakan Sepanyol sekali gus menyukarkan mereka bermain hantaran pendek yang biasa dipraktikkan.
"Mereka agak sukar mencuba ke arah gol kami seperti biasa. Agak sedih kita hanya tersingkir melalui penalti," kata pemain pertahanan itu. - AFP
Bayern julang trofi Liga Juara-Juara
Mercedes Petronas kuasai petak 1-2
Nicol, Massaro tentukan juara Terbuka Britain
Mercedes Petronas kuasai petak 1-2
Nicol, Massaro tentukan juara Terbuka Britain
Havelange dapat penghargaan Platini
Neymar ke Barcelona atau Real
Gary Bowyer kekal pengurus Blackburn Rovers
Nadal, Djokovic diramal bertembung separuh akhir Terbuka Perancis
Dua jurulatih tinggalkan Man. United
Mazzarri ganti Stramaccioni jurulatih Inter Milan
Bayern, Dortmund langsai dendam
Golf BMW: Kingston dahului hari pertama
Bale layak ganti Ronaldo - Ramos
Chelsea alu-alukan Mourinho
Moyes mahu Thiago isi tempat Scholes
Hamilton yakin sambar petak depan GP Monaco
Bekas pemain MU meninggal dunia
Dortmund lebih popular di zoo Jerman
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










