ARKIB : 29/06/2012
Pengurusan kes Shahrizat saman Rafizi 13 Julai
KUALA LUMPUR 28 Jun - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 13 Julai depan untuk pengurusan kes saman fitnah RM100 juta oleh bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terhadap dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Tarikh itu ditetapkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera ketika pengurusan kes saman itu hari ini.
Peguam J. Leela yang mewakili Pengarah Strategik PKR, Mohd. Rafizi Ramli memberitahu pemberita, mahkamah menetapkan tarikh tersebut untuk Shahrizat memfailkan jawapan kepada pernyataan pembelaan terpinda.
Pada prosiding itu, Shahrizat diwakili peguam Y. Seelan manakala Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang dinamakan sebagai defendan kedua, diwakili peguam Razlan Hadri.
Pada 19 Januari lalu, Shahrizat memfailkan saman fitnah dengan mendakwa, Mohd. Rafizi dan Zuraida melancarkan satu kempen strategik untuk mencemarkan nama baiknya dengan mengaitkan diri beliau dengan NFC.
Walhal menteri itu mendakwa, beliau tidak memegang jawatan atau memiliki ekuiti dalam projek tersebut mahupun Agro-Science Industries Sdn. Bhd. (Agro-Science).
Pada 30 Mac lalu, Mohd. Rafizi memfailkan tuntutan balas terhadap Shahrizat dan mendakwa bekas menteri yang sepatutnya menjawab pendedahan yang dibuatnya berhubung isu NFC, sebaliknya melancarkan serangan peribadi dan dendam terhadapnya.
Siasatan polis bertaraf dunia
Kathavarayan rakan subahat manipulasi keterangan
'Salah doa Guan Eng di masjid'
Didakwa di bawah Akta Hasutan
Ummu Jah didakwa 22 November
Mohd. Rafizi gagal ketepi pertuduhan
Saman fitnah: Rayuan Harakah ditolak
Mohd. Rafizi gagal ketepi pertuduhan
Kalimah Allah: Majlis Agama dan MACMA dibenar jadi pencelah
Tertuduh kes Dirang diperintah bela diri
Saiful Apek, tiga rakan diperintah bela diri tuduhan dadah
NFC: Shamsubahrin dibayar sebagai konsultan
Wanita Indonesia dera anak tiri sampai mati digantung
Mohamad Salleh setuju bayar Shamsubahrin RM2.75 juta untuk konsultasi
Kes dadah: Mahkamah Tinggi perintah Saiful Apek bela diri
Adam Adli didakwa esok
Hakim tidak digalak salin semula penghujahan bertulis
Mahkamah benarkan 55 IPTS cabar keputusan pendaftar
Keputusan kes bunuh jutawan kosmetik diketahui esok
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









