ARKIB : 29/06/2012
FGV bakal bawa pulangan lebih besar
KUALA LUMPUR 28 Jun - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin pengurusan Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) akan memberi pulangan lebih baik kepada kumpulan peneroka pada masa depan.
Menurutnya, keuntungan yang bakal diperoleh itu dibuktikan berdasarkan nilai sahamnya yang berlipat kali ganda selepas disenaraikan di Bursa Malaysia hari ini.
Tambah beliau, perkara seterusnya yang perlu diberi tumpuan oleh FGV ialah menguruskannya dengan baik dan ia bergantung kepada kecekapan pentadbiran syarikat tersebut.
"Jika pengurusan FGV cekap, kita akan lihat peneroka Felda bakal mendapat pulangan yang lebih baik," katanya selepas menyampaikan ucaptama bertajuk 'Politik dan Perniagaan, Kaitan Malaysia' anjuran Affin Investment Bank Berhad di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai catatan RM5.39 sesaham dengan premium 84 sen pada hari pertama penyenaraian FGV di Pasaran Utama Bursa Malaysia hari ini berbanding harga tawaran RM4.55 sesaham.
Pada masa sama, Dr. Mahathir turut melahirkan rasa kagum dengan syarikat-syarikat besar di Malaysia yang akhir-akhir ini membuat banyak keuntungan luar biasa berbanding sewaktu era pentadbirannya.
Jelasnya, ia berlaku kerana syarikat-syarikat tersebut tidak lagi mengambil contoh perniagaan yang diamalkan di Amerika Syarikat (AS) dan negara Eropah sebaliknya memilih Korea atau Jepun sebagai model perniagaan.
"Jika kita ingin berniaga, kita perlu menghasilkan produk yang boleh dijual, produk yang baik, dan paling penting produk yang dicari pengguna.
"Di Korea dan Jepun, produk yang dihasilkan adalah yang diperlukan pengguna. Bukan seperti di AS dan Eropah yang lebih banyak berniaga secara 'tersembunyi'. Berhentilah mencontohi dasar perniagaan negara Barat itu," katanya.
Syarikat tempatan harus guna logistik halal
Perodua akui penurunan harga
bioekonomi: Malaysia komited
MIDA agih RM139 juta
Masa sesuai untuk laksana GST - pakar ekonomi
FTA Malaysia-Australia tingkat dagangan dua hala
Harga saham ditutup kukuh
Niaga hadapan KLIBOR tak berubah
Pasaran wang: Kadar jangka pendek ditutup kukuh
Ringgit ditutup rendah banding dolar AS
Tiada konflik pengambilalihan Yinson - Mokhzani
Harga getah ditutup rendah
Jualan kenderaan penumpang, perdagangan menurun
Astro jangka perolehan lebih tinggi
AEON untung RM56.033 juta hingga 20 Mei
Suruhanjaya Sekuriti tuan rumah pamern persaraan swasta
Koperasi Telekom buka cawangan Ar-Rahnu di Bangsar
Niaga hadapan FBM KLCI ditutup rendah
Harga timah ditutup rendah
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










