ARKIB : 29/06/2012
FOMCA gesa hal ehwal pengguna di bawah JPM
PETALING JAYA 29 Jun - Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menggesa hal ehwal pengguna diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan bukannya di bawah kementerian.
Presidennya, Datuk N. Marimuthu berkata, ketika ini hal ehwal pengguna diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyebabkan tumpuan terhadap isu perlindungan pengguna terlalu sempit dan tidak menyeluruh.
"Maka untuk memastikan pendekatan menyeluruh dan bersepadu terhadap perlindungan pengguna, maka agensi yang bertanggungjawab untuk perlindungan pengguna perlu diletakkan terus di bawah perhatian Perdana Menteri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan manifesto tuntutan pengguna bagi pilihan raya umum ke-13, di sini hari ini.
Manifesto tersebut pertama kali dikeluarkan dan ia berdasarkan kepada tinjauan terhadap 30,000 pengguna pada tahun 2009 dan 2010.
Manifesto itu turut menekankan tuntutan terhadap hak mendapatkan keperluan asas, hak mendapatkan keselamatan, hak mendapatkan pilihan dan hak mendapatkan maklumat.
Selain itu, hak bersuara, hak mendapat ganti rugi, hak mendapatkan pendidikan pengguna serta hak mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat juga turut dituntut dalam manifesto tersebut.
Marimuthu berkata, manifesto itu akan edarkan kepada parti-parti politik yang akan bertanding pada pilihan raya itu nanti. - UTUSAN ONLINE
Pelbagai pihak sokong kenyataan Ahmad Zahid
Fokus kepada negeri dimenangi, bukan sibuk buat perhimpunan haram
MB arah pembalakan dihentikan
Pendidikan seimbang jadikan Malaysia hebat
RCI tangani isu PATI di Sabah
Veteran UMNO boikot AirAsia, AirAsia X
7 pendaki Everest-Felda tiba di Kem 2
640% kontraktor kelas F disenarai hitam - SPNB
Muzium wajar dilawati lebih kerap
RHB Bank bantu 10 badan kebajikan
Sambutan 100 tahun Prep School
Wahid yakin keupayaan bakal CEO baru Maybank
Lepasan Mara penuhi pasaran kerja
Ustaz Kazim jadi tarikan
Bantu NGO kucing
Perkim kaji semula perlembagaannya
Jangan percaya harga barang naik
Bekalan air kurang, kapasiti pengeluaran capai maksimum
Kenaikan harga barang hanya dakyah pembangkang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









