VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SUKAN LUAR NEGARA

ARKIB : 28/06/2012

Bos Spurs mahu Villas-Boas secepat mungkin

LONDON - Pengerusi Tottenham, Daniel Levy menawarkan jawatan pengurus Spurs kepada Andre Villas-Boas dan mahu dia memulakan tugas 1 Julai ini.

Bekas bos Chelsea, Villas-Boas mengkagumkan pengurusan Spurs dengan rancangan bagi kelab itu biarpun dia dipecat di Stamford Bridge selepas kurang dari lapan bulan menerajuinya.

Villas-Boas dijangka bertugas dengan Tim Sherwood di Spurs yang kian meningkat dan Levy mahukannya memainkan peranan penting dalam barisan itu.

Bos Perancis, Laurent Blanc turut dicalonkan tetapi Villas-Boas paling mengkagumkan ketika pencarian Levy bagi pengganti kepada Harry Redknapp.

Mereka turut mencanangkan bekas bos England, Fabio Capello yang di samping Blanc, akan terus menjadi perhatian sehingga Villas-Boas sah menurunkan tandatangan.

Capello berminat untuk kembali ke bola sepak England tetapi tuntutan gajinya terbukti sangat tinggi.

Levy mulanya meminati bos Everton, David Moyes dan pengurus Wigan, Roberto Martinez dan memutuskan memilih warga asing kerana dia percaya satu falsafah baru diperlukan untuk membawa kelab itu ke 'tahap baru'.

Villas-Boas mengenakan syarat mengenai jawatan itu kerana dia mahukan kawalan sepenuhnya dan bimbang kehilangan Luka Modric yang menjelaskan dia mahu berpindah ke Real Madrid.

Tottenham turut mahukan pengurus baru mulai 1 Julai ini atas pelbagai alasan kontrak dan undang-undang manakala Villas-Boas turut bebas daripada sebarang ikatan dengan Chelsea.

Mereka turut yakin untuk menyambar pemain tengah Hoffenheim, Gylfi Sigurdsson dari tangan Liverpool yang juga meminati bintang Iceland itu. - Agensi

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.