ARKIB : 28/06/2012
Malouda sedia tinggalkan Blues
LONDON - Florent Malouda merancang untuk meninggalkan Chelsea selepas dia memulakan perbincangan dengan kelab dari Brazil, Vasco da Gama.
Pemain sayap Perancis berusia 32 tahun itu masih ada baki kontrak setahun tetapi dia yakin dia tidak berada dalam perancangan bos Roberto Di Matteo untuk pelan jangka panjang Chelsea.
Malouda yang menyertai Chelsea dari Lyon dengan harga 13 juta pound (RM64.74 juta) pada 2007 itu kurang mendapat perhatian dalam pasukan utama musim lalu.
Dia bakal menjadi pemain keempat selepas Didier Drogba, Salomon Kalou dan Jose Bosingwa meninggalkan kelab.
Pada musim lepas hampir ke penghujung, pemain sayap itu telah memberi gambaran bahawa dia mahu meninggalkan Chelsea. Pemenang Liga Juara-Juara itu tidak berhajat untuk menghalang pemergian pemain tersebut jika kelab Brazil itu bersetuju dengan yuran perpindahan 3 juta pound (RM14.9 juta).
Walaupun Vasco da Gama masih kekal sebagai pasukan pilihan untuk mengikat pemain tersebut, terdapat kelab lain dari Brazil yang turut menunjukkan minat bagi mendapatkan khidmat Malouda iaitu pasukan tempat kelahiran isterinya, Florencia di Fluminense, yang merupakan kelab bekas pemain tengah Chelsea, Deco.
Pada awal bulan ini terdapat laporan yang menyatakan bekas pengurus Blues, Luis Felipe Scolari bersedia untuk mendapatkan pemain itu beraksi bersama Palmeiras.
Tetapi Scolari, yang pernah menjadi bos kepada Malouda di Stamford Bridge pada musim 2008-2009, membatalkan rundingan apabila Chelsea enggan untuk menyerahkan pemain itu dalam bentuk pinjaman. - AGENSI
Dortmund lebih popular di zoo Jerman
Nicol mara ke suku akhir Terbuka Britain
Moyes Special One sebenar
Memang patut dipecat
Real mahukan Bale
Moyes buru pemain muda Southampton
Benitez, Di Matteo calon pengurus Stoke
Andy Carroll diketepi England hadapi Ireland, Brazil
Persaraan Ferguson hangatkan penutup EPL
The Special End buat Mourinho
Napoli mahu bawa Benitez kembali ke Serie A
Moyes bersedia lepaskan Rooney
Mourinho tinggalkan Real Madrid
Ferguson dipilih pengurus terbaik
Terima kasih Ferguson!
Wenger tabik pemain, Gunners ke Liga Juara-Juara
Benitez tinggalkan skuad mantap
Barca hampiri rekod 100 mata Real
Milan layak ke playoff Liga Juara-Juara
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










